Friday, November 7, 2008

SETERIKA (IRON) ZAMAN DAHULU DAN SEKARANG

Gambar ini menunjukkan seterika (iron) yang digunakan pada zaman dahulu. Dalam dialek Kadayan perkataan seterika disebut taikah. Untuk mengatakan yang mana satu lebih baik dan berkualiti antara seterika zaman dahulu dan zaman sekarang adalah sukar kerana ia direka dan digunakan pada zaman yang berlainan. Kebaikan sesuatu benda rekaan pada zaman dahulu harus dinilai mengikut zamannya dan begitu juga dengan benda yang direka pada zaman sekarang. Seterika zaman sekarang dan seterika zaman dahulu masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Seterika yang kita gunakan hari ini kelihatan lebih menarik, lebih cantik dan lebih senang dugunakan, manakala seterika yang direka pada zaman dahulu boleh digunakan di mana-mana walaupun di tempat yang tidak mempunyai bekalan elektrik (seperti di rumah yang tiada bekalan elektrik atau semasa perkhemahan di hutan) dan lebih tahan lama kerana ia dipebuat daripada tembaga bercampur besi tulin. Contohnya, seterika dalam gambar ini sudah berusia melebihi 50 tahun.

3 comments:

dzeerah said...

tahniah bos, sterika tu cantik punya, inda ada sudah sekrang tu..
Saya mau publis muzik tradisi ni tapi inda pass lagi.. esoklah jumpa greg @ Jasni dulu

sue_illyana said...

kami ada lagi iron tu tapi di kampung la..pakai arang kan kalau mau iron

Unknown said...

siapa ad lagi streka wssap sy 0148164831