Tuesday, November 4, 2008

IKLAN JAWATAN YANG TIDAK MEMBERI PELUANG SEMUA KAUM

Dalam Harian Ekspres hari ini saya terbaca iklan jawatan kosong Pegawai Ehwal Ekonomi di Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN). Salah satu syarat untuk jawatan tersebut ialah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.
.
Saya hairan kenapa jawatan dalam koperasi yang dinaungi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberikan syarat "fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Mandarin" untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi. Saya melihat iklan seperti ini seolah-olah tidak memberi peluang seluas-luasnya kepada orang Melayu dan Bumiputra untuk memohonnya kerana kebanyakan orang Melayu dan Bumiputra Sabah tidak mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Mandarin. Saya tidak hairan melihat syarat tersebut kalau jawatan itu dalam syarikat milik persendirian yang tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.

1 comment:

cayangdqte said...

Betul tu.. banyak iklan sekarang nak bahasa mandarin.. kenapa eak? Orang cina dah tak reti bahasa Melayu kot? Kenapa bila kita pergi ke jerman.. kena balaja bahasa jerman eak?