Wednesday, November 12, 2008

ANYAMAN BULUH KRAFTANGAN MURUT NABAWAN

Semasa berada di Nabawan, saya sempat melawat Kampung Enam yang hanya terletak lebih kurang enam kilometer dari Pekan Nabawan. Penduduk kampung tersebut mempunyai kebolehan dan kepakaran membuat kraftangan suku kaum Murut yang berupa anyaman buluh. Salah seorang daripada penduduk kampung tersebut, Encik Siat Yunau, pernah mendapat tempat johan dalam Pertandingan Hasil-Hasil Pertanian bagi Kategori Anyaman Buluh semasa Hari Peladang, Penternak dan Nalayan Peringkat Kebangsaan 2007 yang diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu, pada 27 Ogos hingga 2 September, 2007. Sebenarnya saya tidak berjumpa beliau, saya cuma nampak sijil penyertaan yang terpamer di tempat itu.

Saya melihat Daerah Nabawan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Contohnya, penduduk kampung ini mempunyai kebolehan membuat pelbagai jenis kraftangan anyaman buluh yang begitu halus dan mempunyai corak yang sangat menarik. Rasanya kepakaran seperti ini boleh perturunkan kepada generasi muda dan diperkembangkan lebih luas supaya kraftangan tradidisi suku kaum Murut tidak akan pupus ditelan zaman.

Selain itu, banyak lagi keistimewaan lain yang ditawarkan oleh Daerah Nabawan, iaitu seperti keindahan alam semula jadi yang boleh dibangunkan sebagai eco-tourism untuk menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Sumber alam semula jadi dan budaya mesyarakat setempat mungkin boleh dijadikan sebagai asas untuk membangunkan eco-tourism di daerah tersebut.

3 comments:

pedangtajam said...

cantik la anyaman buluh tu..ok juga macam bos ni dapat idea juga kalau p mana2 rajin bawa kamera..saya ada kamera tapi paling malas ambil gambar..lepas ni mau rajin la ni..ada juga bahan dimasukkan dalam blog.

KADAYAN BANTING said...

Dear pedangtajam,

If u go 2 Nabawan don't forget 2 visit Kampung Enam. U can beli or tempah alot of nice n atractive kraftangan

Saya selalu visit u'r blog, saya nampak banyak gambar dlm u'r blog. Bawalah kamera ke mana-mana boleh ambiil gambar macam-macam.

ambuyatjanang said...

i'm blogger now!