Sunday, November 23, 2008

KINGKIN SAANG SAMUT (CINCIN SARANG SEMUT)

Kingkin saang samut (cincin sarang semut) adalah merupakan sejenis cincin yang digunakan oleh suku kaum Kadayan sebagai cincin pertunangan pada zaman dahulu. Ada juga yang menamakan cincin jenis tersebut sebagai cincin bunga pinang. Kingkin saang samut berwarna putih kekuning-kuningan kerana ia bukan diperbuat daripada emas atau tembaga. Mungkin cincin itu diperbuat daripada daripada perak dengan sedikit campuran emas atau tembaga. Cincin itu dipanggil kingkin saang samut oleh suku Kaum Kadayan mungkin kerana ukiran tampuknya menyerupai sarang semut.
.
Apabila menghantar kingkin saang samut itu sebagai cincin pertunangan ia biasanya dimasukkan dalam caamai (seperti dalam gambar di sebelah kanan) dan dibungkus dengan sapu tangan berwarna merah dan berwarna putih, yang mana sapu tangan berwarna merah di sebelah dalam dan sapu tangan berwarna putih di sebelah luar. Jika ingin menambah lagi bungkusan dengan sapu tangan yang ketiga di sebelah luar, maka bolehlah menggunakan sapu tangan yang berwarna kuning atau apa sahaja warna yang difikrkan sesuai.
.
Pada zaman sekarang tidak ramai lagi suku kaum Kadayan yang mengamalkan adat seperti ini kerana kingkin saang samut dan caamai sukar didapati di pasaran. Bagi yang ingin mengekalkan adat ini, mereka terpaksalah membuat tempahan khas. Saya difahamkam kingkin saang samut boleh ditempah di salah sebuah kedai emas di Beaufort.

3 comments:

Anonymous said...

Syabas & tahniah atas usaha anda "menyelongkar" warisan masyarakat kadayan.semoga usaha ini berterusan..

Re-Use Bundle & Beauty Products said...

Blh sy tau dkt mna nak tempah KINGKIN SAANG SEMUT tu?
Blh bg alamat @ phone no?
Lgpun tmpt tgl aku jauh.
aku tgl dkt Lahad Datu
Pleaseee....
tlg aku...
help meeeee......

Anonymous said...

Plse mcm mna rupa *kiipi*