Ada kalanya kita teringin hendak bercakap tentang sesuatu perkara yang tidak patut-patut. Sebenanrnya tiada sesiapapun yang boleh melarang atau menghalang kita daripada bercakap kalau kita sudah mengambil keputusan untuk bercakap. Sebaliknya, tiada sesiapa yang boleh memaksa kita untuk bercakap jika kita sudah mengambil keputusan untuk tidak bercakap. Kalau kita bercakap juga, itu bermakna kita sudah mengubah fikiran kita untuk bercakap atau kita bercakap tanpa berfikir. Kita sendiri yang berhak mengawal pemikiran kita (dengan izin Allah) dan kita sendirilah yang menjadi drivernya.
Hari ini saya ingin bercakap tentang "cantik." Adakah kamuorang mau cantik atau kamuorang memang cantik, ataupun cuma perasaan kamuorang saja cantik. Bukan susah bah, kita boleh membeli berjenis-jenis produk kecantikan yang dijual di mana-mana, di kaki lima pun ada, kalau itulah yang boleh menjadikan kita cantik.
Ada orang berkata kecantikan itu adalah sesuatu yang "subjektif" dan bukan sesuatu yang boleh diukur secara "objektif." Apa yang dikatakan "cantik" itu boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Orang yang cantik pada zaman dahulu tidak semestinya cantik bagi orang zaman sekarang. Orang yang dianggap cantik oleh orang di Afrika tidak semestinya dianggap oleh orang di Amerika. Saya ada terbaca satu buku yang mengatakan perempuan yang cantik bagi orang di sebelah Afrika lebih gemuk berbanding dengan perempuan yang dianggap cantik oleh orang Amerika Syarikat. Bukan itu saja, Ratu Cantik Amerika Syarikat pada mulanya semakin setahun semakin kurus, tetapi tidaklah berterusan hingga hari ini. Mungkin penilai yang terdahulu sukakan yang gemuk dan penilai tahun berikutnya pula sukakan orang yang kurus. Mungkin juga ada orang yang menilai kecantikan itu dari rupa paras muka atau dari kelangsingan susuk badan dan sebagainya.
Semakin saya banyak bercakap tentang "cantik" semakin saya keliru apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai "cantik." Adakah kecantikan itu shanya terletak pada diri orang yang menilai atau ia terletak pada yang dinilai atau dilihat. Ataupun kecantikan itu tidak wujud sama sekali, melainkan kita sendiri (sebagai penilai) yang mewujudkannya. Kalau begitu, kenapa tidak kita wujudkan kecantikan itu dalam diri kita supaya semua yang kita lihat di muka bumi ini menjadi cantik-cantik belaka.

2 comments:
Sewaktu menyertai lawatan ke Indoesia pada 1993, saya juga melalui pengalaman yang serupa. Dalam rombongan kami ada yang bertanya kepada rakan (orang Indonesia) yang mengiringi kami. Katanya "... di mana 'ibu pejabat' departmen...". Lalu dijawab... 'ibu pejabat' sudah meninggal dunia.
Rupa-rupanya 'ibu pejabat' di Indonesia bermaksud 'isteri kepada ketua pejabat atau 'kepala kantor', kerana pejabat bermaksud 'orang yang menjawat' sesuatu jawatan. Jabatan pula bermaksud 'jawatan' yang dipegang.
Benar kata orang-orang tua, "... jauh berjalan luas pemandangan" banyak pengalaman, bertambah pengetahuan.
Cantik!
Memang subjektif. Cantik itu ialah dari sudut mana kita melihat.
Kalau dari sudut hati, tentunya wanita yang baik hati , peramah, berkelakuan baik malah sopan santun itu cantik walaupun pada zahir nya tidak cantik. begitu juga lelaki. Tapi kalau hati melihat perangainya buruk, walaupun zahirnya cantik namun ia tetap tidak cantik pada hati.
Tapi lain ceritanya kalau nafsu melihat, tentunya susuk tubuh dan zahir menjadi sandaran kepada kecantikan.
Mungkin kerana itu lah kita di suruh memilih bakal calon isteri atau suami mengikut kategori berikut :
1. kerana Agamanya atau pun lebih jelas, kerana ilmunya.
2. kerana Keturunannya (jelas hirerki keturunannya, yalah .. mungkin terkahwin adik sendiri. (kes anak yang diangkat oleh ibubapa yang berbeza).
3. Kerana kecantikannya/ketampanannya (mukanya cantik mengikut pandangan masyarakat umum)
4. Kerana Hartanya.
dan sebaik-baik calon adalah mereka yang lebih baik Agamanya.
Jadi sebaik-baik Cantik ialah Cantik yang dipandang dari sudut Ilmu dan agamanya (Nilai baik).
Post a Comment