Wednesday, August 11, 2010

KIBARKAN JALUR GEMILANG

Marilah kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang



Sunday, July 25, 2010

CADANG PINDAH MONYET DARI KAWASAN TANAM-TANAMAN ORANG KAMPUNG

Hari itu, secara kebetulan saya besembang-sembang kosong dengan penduduk kampung. Kata penduduk kampung itu, monyet terlalu banyak berkeliaran di kawasan kampung. Monyet-monyet itu merosakkan tanam-tanaman dan memakan buah-buahan. Ini menjejaskan pendapatan orang-orang kampung. Tetapi, katanya, ada pemimpin kita yang melarang membunuh monyet kerana takut nanti monyet menjadi pupus. Memandangkan keadaan yang demikian beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan memindahkan monyet-monyet itu ke satu tempat dimana tiada tanam-tanaman orang kampung. Kalau boleh pemindahan itu hendaklah ke habitat asal dan bukannya ke dalam sangkar suapaya monyet-monyet itu merasa selesa dan tidak tersiksa.
.
Saya rasa ini satu cadangan yang baik tetapi persoalannya bagaimana caranya memindahkan monyet-monyet yang berkeliaran di merata tempat itu. Kalaulah monyet-monyet itu dipindahkan ke kawan yang kurang makanan, mungkin monyet-monyet itu akan kembali mencari makanan ke kawasan tanaman orang kampung di mana makanan seperti buah-buahan senang didapati.
.

Friday, July 16, 2010

GAMBAR KENANG-KENANGAN PESERTA KURSUS PENANAMAN CENDAWAN DATARAN RENDAH DI PUSAT LATIHAN PERTANIAN BERSEPADU, PENAMPANG

THERMOMETER UNTUK MONITOR SUHU DALAM RUMAH CENDAWAN

RUMAH PEMERAMAN CENDAWAN


DRUM BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI OVAN
UNTUK MENGUKUS MEDIUM CAMPURAN


OVAN UNTUK MENGUKUS MEDIUM CAMPURAN


INI CIKGU KAMI


PESERTA-PESERTA KURSUS PENANAMAN CENDAWAN DATARAN RENDAH DAN KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERGAMBAR BERSAMA-SAMA ENCIK DZULKIFLI HAJI GHULAMDIN, PENOLONG PENGARAH PERTANIAN (SEKSYEN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERTANIAN)


MENUNGGU MAJLIS PENUTUPAN


PENGHULU KURSUS MENYAMPAIKAN CENDERAMATA DARI PIHAK PUSAT LATIHAN PERTANIAN BERSEPADU PENAMPANG KEPADA PENANAM CENDAWAN TIRAM KELABU YANG YANG DILAWAT PESERTA KURSUS


BONGKA CENDAWAN SEDANG DIPERAM DALAM BILIK PEMERAMAN
PENGUSAHA CENDAWAN

MESIN PENGGAUL HABUK KAYU, DEDAK PADI, KAPUR DAN AIR
UNTUK MEDIUM PENANAMAN CENDAWAN


MEMASUKKAN MEDIUM CANDAWAN KE DALAM OVAN UNTUK DIKUKUS

MENYUSUN BONGKA UNTUK DIKUKUS


MENGISI CAMPURAN HABUK KAYU DEDAK PADI DAN KAPUR KE DALAM PLASTIK YANG BERUKURAN 12.5 INCI PANJANG

MENGGAUL CAMPURAN HABUK KAYU (90KG), DEDAK PADI (12KG),
KAPUR (1KG) DAN AIR (75%) TANPA MENGGUNAKAN MESIN


MENGGAUL MEDIUM CAMPURAN


FASILITATOR MENUNJUKKAN CARA MEMBERSIHKAN BONGKA CENDAWAN


SALAH SEORANG MENGELUARKAN AIR DARI DALAM BONGKA


MEMBUNGKUS CENDAWAN


MEMBUNGKUS CENDAWAN


MENIMBANG CENDAWAN


CENDAWAN YANG BELUM DITUAI


CENDAWAN YANG AKAN DITUAI


PUAN AGNES SIBANGAN (FASILITATOR KURSUS)
MENUNJUKKAN CARA- CARA MEMBERSIHKAN BONGKA


MENYUNTIK BENIH CENDAWAN




SEBAHAGIAN DARIPADA PESERTA KURSUS


PESERTA KURSSUS



.

BEBERAPA RESIPI MASAKAN CENDAWAN
DARI CIKGU KAMI
.
SUP SAYUR CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN:
.
Cendawan (500g)
Bunga kobis (200g)
Kacang peas muda (100g)
Jagung muda (100g)
Lobak merah (100g)
Kacang buncis (100g)
Udang @ daging (100g)
Lada putih (2 bungkus)
Rempah tumis (1 bungkus)
Bawang besar (2 biji)
Bawang putih (2 bebawang)
Daun sup dan daun bawang (0.50 sen)
Bawang (50g)
Fishball (RM1.00)
Minyak penumis
Garam (secukup rasa)
.
CARA-CARA MEMASAK:
.
Udang atau daging dibersihkan, dipotong mengikut suka dan dibasuh. Fishball, cendawan, bunga kobis, kacang buncis, jagung muda, kacang peas muda lobak merah dipotong, mengikut suka dan dibasuh. Gilingkan lada putih. Tumiskan bahan yang telah dimayang hingga naik baunya. Kemudian masukkan air. Setelah mendidih masukkan lobak merah, bunga kobis, jagung muda, kacang buncis, kacang peas muda dan masak lebih kurang 4 minit. Masukkan cendawan dan biarkan selama 2 minit. Selepas itu, masukkan daun sup dan bawang serta matikan api.
.
BEGEDIL CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN:
.
Cendawan tiram (200g)
Udang basah (100g)
Daging (100g)
Bawang besar (2 biji)
Bawang putih (2 ulas)
Keledek/kentang (5 biji)
Lada putih (1 sudu teh)
Daun sup dan daun bawang (0.50 sen)
Tepung gandum (1/2 cawan)
Telur ayam (5 biji)
Minyak untuk menggoreng
Garam dan serbuk perasa
.
CARA MEMASAK:
.
Kentang atau keledek dibersihkan dan dipotong nipis-nipis untuk digoreng. Selepas itu ditumbuk lumat. Lada putih, bawang putih, bawang besar dan udang dikisar halus. Daging dipotong kiub kecil-kecil. Begitu juga daun sup dan daun bawang. Cendawan dibersihkan dan dicarik-carikkan halus. Gaulkan semua bahan-bahan tadi kecuali telur. Adunan tadi dibentukkan bebola kecil kemudian dileperkan. Setelah itu dicelup ke dalam telur yang telah dikacau. Goreng sehingga garing.
.
TELUR DADAR CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN:
.
Telur (5 biji)
Bawang besar (2 biji)
Cendawan (200g)
Cili merah (4 biji)
Garam (secukup rasa)
Minyak
.
CARA MEMASAK:
.
Cendawan yang telah dibersihkan ditumbuk halus dan dikacau dengan telur bercampur sedikit garam. Cili merah yang telah dipotong nipis dimasukkan bersama bawang besar yang telah dimayang, ke dalam campuran telur tadi. Dadarkan campuran tadi di dalam kuali.
.
CENDAWAN GORENG
.
BAHAN-BAHAN:
.
Cendawan (200g)
Telur (3 biji)
Garam (secukup rasa)
.
CARA MEMASAK:
.
Cendawan dibersihkan. Telur dipecah dan dikacau bersama garam, Cendawan dicelupkan ke dalam bancuhan telur kemudian digoreng hingga cukup masak. Angkat dan hidangkan.
.
TUMIS CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN:
.
Cendawan (200g)
Bawang merah (5 biji)
Bawang putih (3 biji)
Udang (50g)
Cili merah (2 biji)
Garam (secukup rasa)
Minyak penumis
.
CARA MEMASAK:
.
Panaskan minyak. Setelah pijar tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan udang dan cili merah. Kemudian masukkan cendawan serta dibalik-balikkan selama satu hingga dua minit. Rasa garam secukupnya. Kemudian diangkat.
.
CENDAWAN GORENG BERSALUT
.
BAHAN-BAAHAN:
.
Cendawan (300g)
Halia (1 inci)
Ketumbar (2 sudu)
Jintan manis (2 sudu)
Bawang putih (2 biji)
Bawang merah (5 biji)
Udang hidup (50g)
Tepung gandum (2 cawan)
Garam dan minyak penggoreng
.
CARA MEMASAK:
.
Cendawan dibersihkan. Halia, ketumbar, jintan manis, bawang merah, udang basah dikisar halus. Gaulkan bahan yang telah dikisar dengan telur dan garam secukup rasa. Cendawan diambil dan digaulkan bersama bahan-bahan tadi. Kemudian taburkan tepung gandum rata-rata. Selepas itu gorengkan cendawan tadi.
.
CENDAWAN "BALL"
.
BAHAN-BAHAN:
.
Ikan
Terpung gandum
Cendawan
Gula
.
CARA MEMASAK:
.
Ikan dan cendawan dihiris halus-halus, kemudian dicampurkan tepung gandum di dalam satu bekas berisi air mendidih. Campuran disebatikan dan dibentuk bebola. Bahan ini direbus supaya masak dalam air yang mendidih. Bahan yang telah sedia boleh digoreng atau dimakan terus.
.
APA KATA CIKGU KAMI TENTANG CENDAWAN
.
Cendawan banyak ditanam secara komersial di seluruh Asia sejak sekian lama
.
Cendawan diiktiraf sebagai sejenis herba yang banyak memberi manfaat kepaada manusia sama ada ia tumbuh meliar ataupun ditanam secara komersia
.
Bukan sahaja dimakan sebagai sayur, malah turut dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul, keropok dan pelbagai aneka hidangan
.
Mengandungi zat makanan dan vitamnin
.
Rasanya yang hampir menyerupai tiram
.
Menurut kajian pakar sains memakan ia sebagai hidangan haarian, ia mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam keadaan tertentu. Malah berupaya membunuh dan mencerna cacing gelang
.
Tumbuh di atas tanah, di permukaan batang pokok, tunggul kayuatau apa sahaja permukaan yang boleh menjadi sumber makanannya
.

Monday, August 17, 2009

Monday, July 6, 2009

JALAN KE RUMAH ORANG PERSEORANGAN DITURAP, JALAN KEGUNAAN AWAM TERABAI

Sebahagian daripada penduduk kampung Maraba (sebelah kampung Banting) tentunya merasa bertuah kerana jalan raya ke rumah masing-masing telah diturap atas peruntukan kerajaan. Bagaiamanapun, projek penurapan jalan ke rumah orang perseorang itu cuma melibatkan beberapa buah rumah yang terletak di tepi jalan raya Beaufort-Sipitang sahaja . Bagi mereka yang mendirikan rumah agak jauh sedikit dari jalan raya utama tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Maksud saya, projek penurapan jalan itu tidak menyeluruh.
.
Di samping merasa berbangga, saya juga merasa sedikit terkilan kerana jalan raya untuk kegunaan umum ke kampung Banting, yang hanya terletak di sebelah kampung Maraba, tidak pernah diambil perhatian untuk diturap. Bukan itu saja, malah jalan raya untuk kegunaan umum di kampung Maraba itu sendiripun tidak diturap. Sepatutnya pemimpin harus mengutamakan kepentingan umum berbanding dengan kepentingan orang perseorangan. Pada pandangan saya, pemimpin seharusnya menentukan keutamaan berdasarkan kepentingan umum dan bukannya berdasarkan kepentingan orang perseorangan.

Monday, June 22, 2009

HARAP-HARAP JALAN RAYA KAMPUNG BANTING DAPAT DITURAP SEBELUM PILIHAN RAYA AKAN DATANG

Sebagai seorang penduduk kampung Banting, Beaufort, saya amat terasa bahawa kampung Banting bukanlah sebuah kampung yang diberi keutamaan oleh wakil rakyat untuk dibangunkan. Mungkin ini adalah kerana penduduk kampung kami tidak ramai berbanding dengan kampung-kampung lain. Walaupun tidak ramai tetapi penduduk kampung kami sebenarnya adalah penyokong yang turut memberi kemenangan kepada pihak kerajaan dalam pilihan-pilihan raya yang lalu. Apa yang kami harapkan ialah perhatian yang wajar daripada wakil rakyaat kepada kampung kami supaya jalan raya ke kampung kami dapat diturap atau diaspal.
.
Wakil rakyat sudah bersilih ganti, namun hingga sekaranmg jalan raya ke kampung Banting belum juga diturap. Kami berharap wakil rakyat kami yang ada sekarang ini akan sentiasa mengambil perhatian yang terhadap masalah yang kami hadapi.
.
Saya percaya wakil rakyat di kawasan kami akan menyampaikan masalah tersebut kepada pihak atasan. Penduduk kampung telahpun sebenarnya telahpun menyuarakan perkara tersebut kepada wakil rakyat . Saya yakin pihak kerajan akan dapat menurap jalan raya ke kampung saya sebelum pilihan raya akan datang. Apa kata pemimpin yang paling atas, "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Monday, April 6, 2009

PIKAT PUNAI GUNA RUMAH 'BUMBUN'

Oleh Jinius Pandakin
.
SIPITANG: Biasanya kita hanya mendengar burung ditangkap menggunakan jerat, guna getah kayu atau pukat burung. Namun Suku Kedayan di Sipitang mempunyai cara tersendiri dan unik untuk menangkap burung, terutamanya burung punai tanah.
.
Burung punai tanah seakan-akan seperti burung merpati tetapi saiznya agak kecil.
.
Selain kepakaran memikat burung, suku Kedayan juga terkenal dengan tarian Anding dan permainan muzik kayu Sadaman. Kaum Kedayan kebanyakannya tinggal di daerah Sipitang. Selain Sipitang masyarakat ini juga tinggal di Beaufort, Labuan, Merapok dan Lawas di Sarawak.
.
Cara menangkap burung oleh orang Kedayan disebut dalam dialek mereka sendiri 'melagau'bermaksud 'memanggil'.
.
Seorang penangkap burung, Shunie Adi, 50, berkatauntuk 'melagau' burung dia perlu membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.
.
Berasal dari kampung Sungai Bubus, kira-kira 6.5 km dari bandar Sipitang, Shunie berkata, 'bumbun' itu dibuat seperti rumah 'Red Indian' zaman 'koboi' di Amerika.
.
"Bumbun ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus dan ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua orang di dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu.
.
Di depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat burung-burung punai hinggap. Tapakmini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun' dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil burung, tapah ini ditabur makanan seperti padi atau jagung.
.
Satu alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis berbentuk seperti alat muzik.
.
Alat ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi tarikan burung yang ada di sekitarnya.
.
Kata Shunie, burung yang datang di tapak rumah 'bumbun' itu, semasa memakan umpan yang ditabur akan menjadi leka.
.
"Sebelum 'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung suoaya datang ke tempat tersebut.
.
"Beberapa 'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan dilakukan oleh si pemanggil di depan bumbun sebelum memulakan kerja melagau", katanya.
.
Shunie turut 'menurunkan' sedikit penulis dan mendedahkan 'benda' yang dikuburkan. Tetapi ia dirahsiakan.
.
Jika silap melagau kata Shunie, lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai binatang atau perempuan yang akan datang.
.
Menurutnya, jika ada sekumpulan lalat besar berwarna hijau, maka ini bermakna ada sesuatu yang cuba menganggu. Tetapi biasanya kejadian seperti ini jarang berlaku.
.
Dalam pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan turun betul-betul di tapak yang disediakan dan akan menjadi jinak seperti 'dipukau'.
.
Burung itu juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Namun cara ini akan menakutkan burung yang lain.
.
Semasa burung leka makan makanan yang ditabur, pada masa itulah sipenangkap mengikatdi bahagian leher burung menggunakan tali penarik yang dipanggil 'jahil'. Satu persatu burung itu dikait dan ditarik secara perlahan-lahan masuk ke dalam 'bumbun'.
.
Anehnya, burung yang dikait tidak akan melawan dan tanpa disedari oleh burung-burung yang diperangkap di sana.
.
"Burung yang dijahil itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam kurungan khas," kata Shunie menambah kekuatan mantera boleh menarik perhatian binatang lain seperti pelanduk, kijang atau payau.
.
"Ayah saya pernah menangkap seekor kijang menjerat kaki kijang menggunakan tali dari akar kayu yang teguh. jika ada banyak burung, biasanya sipenangkap akan mendapat di antara 14 ekor dan 70 ekor sehari.
.
"Burung ini dijual dengan harga RM3.50 seekor dan laris di Sipitang," katanya.
.
Menuruutnya, bulan Jun dan Julai adalah musim burung punai kerana pada bulan inilah ada banyak buah kayu digemari burung ini.
.
Summber: Harian Ekspres, 7 April 2009
.
NOTA:
.
Pada zaman kanak-kanak saya dahulu, saya sendiri pernah turut melagau punai (kami panggil punai tanah) dengan menggunakan dukut seperti yang diceritakan oleh Encik Shunie dalam artikel di atas. Saya sendiri juga pernah membuat bumbun tetapi tidak begitu menjadi kerana terlalu banyak pantang larangnya.
.
Alangkah menakutkannya kalau tiba-tiba ular masuk ke dalam bumbun apabila kita sedang berada di dalamnya atau kita sedang melagau. Amat menyakitkan sekali kalau bumbun kita dipenuhi oleh "semut api" (dipanggil halimbada dalam dialek Kadayan) ketika kita memasukinya pada waktu pagi. Begitulah pengalaman yang pernah saya lalui semasa melagau pada zaman kanak-kanak saya dahulu.

Wednesday, February 18, 2009

BENARKAH KADAYAN (KEDAYAN) TERMASUK DALAM KUMPULAN ETNIK KADAZAN ?

Dalam akhbar Harian Ekspres, bertarikh 15 Februari 2009, saya terbaca artikel yang mengatakan bahawa etnik Kadayan (Kedayan) adalah dalam kumpulan etnik Kadazan. Petikan artikel tersebut adalah seperti berikut:
.
"The Kadazans ethnic group comprises of Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas, Gana, Garo, Idaan, Kedayan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau, Lingkabau, Liwan, Lobu, Lotud, Lundayeh, Makiang, Malapi, Mangkaak, Minokok, Murut, Ngabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Rungus, Sinobu, Sinoropu, Sonsogon, Sukang, Sungai, Tatana, Tangara, Tidong, Tindal, Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon, and Tutung (Source: KDCA)."
.
Sebagai orang Kadayan, sebenarnya saya sendiri tidak sedar bahawa Kadayan adalah termasuk dalam kumpulan etnik Kadazan kerana Kadayan dan Kadazan tidak mempunyai banyak persamaan dari segi budaya. Budaya Kadayan sebenarnya lebih mirip kepada budaya Brunei berbanding dengan budaya Kadazan. Dialek Kadayan mempunyai banyak persamaan dengan dialek Brunei berbanding dengan dialek Kadazan. Kadayan dan Kadazan juga mempunyai banyak perbezaan dari adat resam.
.
Saya ingin mendapat pandangan berdasarkan bukti-bukti kukuh untuk mengesahkan bahawa Kadayan termasuk dalam kumpulan etnik Kadazan.

Wednesday, January 28, 2009

PERTIKAIAN ANTARA PRESIDEN PBS DAN PRESIDEN PBRS SEMAKIN REDA

Terima kasih kepada Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri, kerana campur tangan untuk meredakan perang mulut antara Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Tan Sri Joseph Kurup, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengenai pemilihan calon jika berlaku pilihan raya kecil Kawasan Parlimen Pensiangan nanti. Ketua Menteri mahu semua orang bersatu padu dan menerima sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) sekiranya pilihan raya kecil Parlimen Pensiangan diadakan.
.
Semua ahli komponen BN memang sepatutnya bersatu padu dan menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon jika ingin menang dalam pilihan raya. Sekiranya pilihan raya kecil Pensiangan diadakan, pemimpin-pemimpin komponen BN harus sama-sama berganding bahu untuk memastikan calon BN meraih kemenangan dan tidak kecundang seperti pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini.
.
Kemenangan BN dalam pilihan raya bukanlah semata-mata untuk kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu atau untuk kepentingan BN sahaja, tetapi untuk rakyat keseluruhannya. Pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu mengambil perhatian terhadap masalah rakyat yang memilih mereka. Kalau mereka mengabaikan kepentingan rakyat, mungkin suatu masa nanti rakyat tidak akan memilih mereka lagi.
.
Penduduk Pensiangan pasti akan senang hati kalau calon pilihan raya kecil Pensiangan itu nanti orang yang mereka sukai. Lebih-lebih lagi kalau orang itu benar-benar bertanggungjawab untuk membela nasib mereka selepas menang dalam pilihan raya. Jangan pula selepas menang nanti bayang-bayang pun tak nampak.

Thursday, January 22, 2009

HENTIKANLAH PERTIKAIAN TENTANG PEMILIHAN CALON PILIHAN RAYA KECIL PENSIANGAN

Pertikaian antara Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan tentang pemilihan calon, jika berlaku pilihan raya kecil Pensiangan nanti, nampaknya semakin menjadi-jadi. Pertikaian seperti ini bukan banyak kebaikan dan faedahnya kerana ia boleh mendedahkan kepada umum tentang pelbagai kelemahan masing-masing semasa menjadi wakil rakyat di kawasan itu pada masa lampau.
.
Pembangkang mungkin tersenyum mendengar pertikaian kedua-dua pemimpin veteran komponen Barisan Nasional (BN) itu dan mungkin mereka ingin terus mendengar pertikaian selanjutnya untuk mereka jadikan bahan dalam kempen pilihan raya kecil Pensiangan nanti.
.
Kalau boleh, hentikanlah pertikaian seperti ini. Berbincanglah baik-baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dan tidak perlulah dihebahkan sangat dalam akhbar.
..
Untuk memilih calon nanti serahkan sajalah kepada pemimpin atasan BN. Tetapi pemimpin atasan perlu juga mengambil kira pandangan dari akar umbi kerana orang yang akan menentukan kemenangan BN nanti ialah pengundi di kawasan itu bukannya pemimpin atasan.

Monday, January 19, 2009


Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BAHARU 2009


Thursday, December 25, 2008

SALAM MAAL HIJRAH


Monday, December 22, 2008

TANDAS DI SALAH SEBUAH KEDAI MAKAN

Kalau anda terjumpa tandas yang macam ni, pandai-pandailah anda menggunakannya mengikut cara yang anda fikirkan sesuai.

Tandas macam ni barulah keliahatan lebih kemas dan lebih selesa digunakan, lebih-lebih lagi ia dilengkapi dengan hos untuk mercuci apa juga yang ingin anda cuci. Biasanya kalau di hotel-hotel besar tandasnya cantik-cantik tetapi sedihnya banyak yang tidak dilengkapi dengan hos seperti dalam gambar ini dan malah paip air pun tidak ada. Macam tidak berunsur Islamic langsunglah. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mensyaratkan semua tandas hotel di Malaysia dilengkapi dengan hos untuk mencuci.

Saturday, December 13, 2008

MENANG MEMBELI KALAH MEMAKAI

Ada kalanya kita "kalah membeli menang memakai" dan ada kalanya pula kita "menang membeli kalah memakai." Apabila kita membeli sesuatu barangan yang dijual di pasaran, kita mempunyai banyak pilihan. Namun, kita tidak dapat memastikan barangan yang kita beli itu tahan lama atau sebaliknya. Kalau bernasib baik, kita boleh menggunakannya berpuluh tahun dan sempat kita wariskan kepada anak cucu kita sehingga akhirnya ia menjadi barang antik. Tetapi kalau kita tidak bernasib baik pula, barangan itu rosak sebelum kita puas memakainya. Contohnya, kasut sukan yang cantik dalam gambar ini baru saja dibeli lebih kurang satu tahun tetapi tapaknya sudah rosak, menjadi rapuh dan hancur.Saya difahamkan kasut itu rang-jarang digunakan, maklumlah, pembelinya bukan ahli sukan. Tapak sleeper Jepun lebih tahan daripada tapak kasut tersebut. Kecantikan sesuatu barangan tidak menjamin ketahanannya.

Wednesday, December 10, 2008

PERCAYAKAH ANDA PKR AKAN MENGAMBIL ALIH KERAJAAN SARAWAK ?

Semasa kongress Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan bahawa objektif baru PKR ialah untuk mengambil alih Kerajaan Sarawak.
.
Perhimpunan PKR akan diadakan di Miri, Sarawak pada 14 Disember 2008 (Ahad). Menurut Datuk Dr. Jeffery Kitingan, satu kejutan yang menggembirakan akan berlaku semasa perhimpunan itu nanti.
.
Perhimpunan itu dikatakan akan dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada ahli baru. Beliau sendiri akan mengetuai lebih 100 orang dari Sabah ke perhimpunan tersebut.
.
Kata beliau, "Kehadiran yang besar itu menandakan penduduk Sarawak mendesak dan dahagakan perubahan dan merupakan satu petanda sokongan baharu yang semakin meningkat di Sarawak."
.
Adalah amat sukar untuk dipercayai kerana nada yang hampir sama telah kita dengar berulang kali tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. Semua orang boleh merancang tetapi tidak semua yang dirancang itu dapat dilaksanakan.
.
Mungkin boleh kita simpulkan bahawa mereka menghebah-hebahkan sedemikian adalah sebagai "Perang Psikologi." Berfikirlah secara waras dan logik sebelum mempercayainya.
.

Tuesday, December 9, 2008

JANGAN TERLALU MENYALAHKAN MANA-MANA PIHAK ATAS TRAGEDI TANAH RUNTUH

Gambar Utusan Malaysia
.
Ramai yang mempersalahkan kerajaan setiap kali berlakunya tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Rasanya kita tidak patut menyalahkan pihak kerajaan semata-mata terhadap apa yang berlaku kerana ada lagi pihak lain yang sepatutnya sama-sama bertangungjawab, iaitu seperti pemaju dan pembeli rumah itu sendiri.
.
Antara persoalannya ialah: i) Kenapa kerajaan memberi kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawsan lereng dan puncak bukit?; ii) Kenapa pemaju memilih kawasan lereng bukit untuk dibangunkan?; iii) Kenapa pula pembeli membeli rumah di kawasan lereng bukit ? Kalau tidak mahu dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau tidak mahu keruntuhan tanah jangan berumah di lereng bukit.
.
Kalaulah semua pembeli tidak mahu membelu rumah yang didirikan di kawasan lereng dan puncak bukit, sudah tentu pemaju tidak akan membina rumah lagi di kawsan cerun kerana tiada pembelinya.
.
Kalau pemaju tidak membina rumah di kawasan cerun atau lereng bukit, sudah tentu tiadalah pembeli rumah yang membeli rumah di kawasan cerun atau lereng bukit.
.
Kalau kerajaan pula tidak meluluskan pengambilan tanah di kawasan lereng dan puncak bukit, sudah tentu tiada pemaju yang memajukan kawasan lereng dan puncak bukit dan tiada orang perseorangan yang membina rumah di kawasan tersebut.
.
Bagaimanapun, semua yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah SWT jua dan mungkin ada hikmahnya.
.

Monday, December 8, 2008

KRAFTANGAN TRADISI PERLU DIPELIHARA

Generasi terdahulu suku kaum Kadayan Kampung Banting mempunyai kebolehan membuat pelbagai jenis kraftangan yang berupa anyaman daripada buluh, mangkuang (bangkuang dalam dialek Kadayan), daun pandan, rotan, halingkawang, bamban dan sebagainya. Bahan-bahan yang mereka gunakan itu adalah dari sumber alam semula jadi yang terdapat di persekitaran tempat tinggal mereka. Mungkin mereka yang tinggal di tempat lain menggunakan sumber alam yang berlainan pula kerana persekitaran yang berbeza. Gambar di atas menunjukkan takiding dan ngiyu (nyiru) yang diperbuat daripada anyaman buluh. Selain buluh, kulit batang bamban juga boleh digunakan untuk membuat takiding dan ngiyu. Bingkai takiding dan ngiyu biasanya diperbuat daripada rotan dan diikat dengan halingkawang.
.
Nampaknya pada hari ini sudah semakin kurang generasi baru yang mewarisi kepakaran membuat kraftangan yang berupa anyaman, manakala generasi lama yang berkebolehan pula semakin berkurangan. Sumber untuk membuat anyaman juga semakin berkurangan dan kalaupun ada ia hanya boleh didapati di tempat yang agak jauh. Kekurangan bahan daripada sumber alam semula jadi menyebabkan ada di anatara mereka yang menggunakan bahan-bahan lain yang terdapat di pasaran sebagai gantian. Bahan-bahan seperti plastik dan sebagainya senang didapati di kedai-kedai dan supermarket tanpa bersusah payah mencari di hutan.


Kraftanga dalam gambar di atas dipangil bahai oleh suku kaum Kadayan. Bahai dalam gambar ini diperbuat daripada bahan yang diperolehi dari kedai atau supermarket. Walaupun bahai ini kelihatan cantik dan menarik tetapi ia agak terjejas sedikit dari segi keasliannya kerana ia bukan lagi diperbuat daripada bahan asli tempatan. Secara tradisinya, bahai biasanya diperbuat daripada mangkuang dan talinya daripada kulit sejenis kayu yang dipanggil timbaan oleh suku kaum Kadayan.
.
Terdapat berbagai-bagai lagi kraftangan suku kaum Kadayan yang diperbuat daripada buluh, rotan, mangkuang, daun pandan, bamban dan sebagainya. Contohnya, buluh dan rotan boleh digunakan untuk membuat balatak (raga) dan daun mangkuang dan pandan boleh digunakan untuk anyaman tikar, bakul dan bayung .
.
Saya bimbang kraftangan tradisi Kadayan yang berupa anyaman buluh, rotan, mangkuang, padan, bamban dan sebagainya akan beransur pupus jika generasi tua tidak mewariskan kepakaran mereka kepada generasi muda atau generasi muda tidak berminat untuk mempelajarinya.
.

BARANGAN ANTIK

PERIUK DIPERBUAT DARIPADA TEMBAGA
DAN BERTULISAN JAWI "SELAMAT PAKAI"

PELBAGAI JENIS PERIUK DIPERBUAT DARIPADA TEMBAGA

CEREK TEMBAGA

SUDU




Friday, December 5, 2008

KENAPA CONTENG TANDAS ?

Selepas menghadiri kenduri kahwin hari ini, saya singgah di salah sebuah tandas untuk melaksanakan urusan penting. Semasa berada di tandas itu, saya melontarkan pandangan ke kiri-kanan dan ternampak dinding yang berconteng dengan pelbagai macam kata-kata. Ada kata-kata yang berbaur cinta; ada kata-kata yang lucah; ada kata-kata yang marah kepada parti politik; dan ada pula yang marah kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Pendek kata, pebagai macam kata-kata, yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu, yang diconteng oleh pengunjung tandas. Selain itu, ada pula yang berbentuk lukisan, termasuk lukisan benda-benda sulit dan lukisan yang menggambarkan aksi-aksi lucah.
.
Tiba-tiba saya teringat pula tentang keadaan tandas di tempat saya bekerja yang selalu diconteng oleh pengunjungnya pada suatu masa dahulu. Maklumlah, didnding tandas yang berwarna putih itu senang diconteng dengan pen berwarna hitam atau biru. Kemudian dinding tandas itu dicat semula oleh pihak pengurusan dengan cat berwarna coklat bagi mengelakkan dinding tandas diconteng. Kalau tidak ada tujuan di sebaliknya, saya rasa mengecat tandas dengan warna coklat adalah kurang sesuai kerana ia menjadikan bilik tandas yang kecil itu menjadi lebih gelap. Walaupun tandas itu dicat dengan warna gelap tetapi ia masih juga diconteng dan ada pula yang menggunakan blanco untuk menyontingnya supaya contengan itu terang.
.
Sekarang dinding tandas di tempat saya bekerja sudah dipasang tile dan tidak lagi berconteng. Mungkin kerana mereka yang selalu menyunting itu sudah menjadi orang yang berdisiplin dan tidak ingin lagi melakukan perkara yang tidak berfaedah itu, ataupun ia disebabkan permukaan tile itu licin dan sukar diconteng. Tahniah kepada penyonteng yang sudah berubah sikap.
.
Apa yang saya ceritakan ini adalah tentang tandas lelaki sahaja. Mengenai dengan keadaan tandas wanita kenalah diceritakan oleh wanita sendiri kerana mereka lebih arif dengan keadaan tandas mereka. Mungkin tadas wanita tidaklah berconteng seperti tandas lelaki kerana cara wanita meluahkan perasaan agak berbeza daripada lelaki.
.
Suatu masa dahulu saya pernah terfikir untuk meletakkan kertas dan pen di dalam bilik tandas supaya penyonteng tandas menulis luahan perasaan mereka dalam kertas yang disediakan. Kemudian kita kutip kertas yang berconteng itu sebagai bahan kajian. Namun, saya tidak melaksanakannya kerana saya terfikir banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat yang boleh saya lakukan.
.
Saya tidak pasti kenapa mereka menyonteng tandas. Hanya mereka sendiri yang tahu kenapa mereka berbuat demikian. Ada kemungkinan mereka menyonteng tandas untuk menyampaikan mesej kepada pengunjung tandas yang lain. Bagimana kalau mesej itu ditujukan kepada wanita tertentu? Saya kira mesej itu tidak akan sampai kepada wanita itu secara langsung kerana wanita jarang memasuki tandas lelaki. Bagaimana pula kalau mesej itu ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertentu? Kebarangkaliannya untuk sampai kepada pemimpin-pemimpin tertentu itu adalah rendah kalau mereka bukannya pengguna tandas itu secara regular.
.
Walaubagaimanapun, penyonteng-penyonteng tandas itu telah melepaskan perasaan dan luahan hati mereka. Sampai atau tidaknya kepada orang yang ditujukan adalah perkara lain. Apa yang menjadi mangsa ialah tandas itu sendiri. Tetapi kita harus ingat, jika dinding tandas itu kotor ia memerlukan kos untuk mengecatan semula. Kosnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat negara ini, khususnya pembayar cukai.
.