Sunday, July 25, 2010

CADANG PINDAH MONYET DARI KAWASAN TANAM-TANAMAN ORANG KAMPUNG

Hari itu, secara kebetulan saya besembang-sembang kosong dengan penduduk kampung. Kata penduduk kampung itu, monyet terlalu banyak berkeliaran di kawasan kampung. Monyet-monyet itu merosakkan tanam-tanaman dan memakan buah-buahan. Ini menjejaskan pendapatan orang-orang kampung. Tetapi, katanya, ada pemimpin kita yang melarang membunuh monyet kerana takut nanti monyet menjadi pupus. Memandangkan keadaan yang demikian beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan memindahkan monyet-monyet itu ke satu tempat dimana tiada tanam-tanaman orang kampung. Kalau boleh pemindahan itu hendaklah ke habitat asal dan bukannya ke dalam sangkar suapaya monyet-monyet itu merasa selesa dan tidak tersiksa.
.
Saya rasa ini satu cadangan yang baik tetapi persoalannya bagaimana caranya memindahkan monyet-monyet yang berkeliaran di merata tempat itu. Kalaulah monyet-monyet itu dipindahkan ke kawan yang kurang makanan, mungkin monyet-monyet itu akan kembali mencari makanan ke kawasan tanaman orang kampung di mana makanan seperti buah-buahan senang didapati.
.

3 comments:

Anonymous said...

pihak pentadbiran daerah perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu monyet ini kerana adalah dilaporkan bahawa monyet menjejaskan hasil pendapatan daripada sumber pertanian seperti kelapa sawit, buah2an & tanaman lain

Anonymous said...

saya setuju supaya di
kasi tau itu pentadbiran daerah untuk kasi pindah itu monyet

rowegorn said...

adalah jelas dihujung kampung banting,diwartakan sebagai hutan simpan kelas iv..kawasan paya bakau menjdai habitat bagi kunang2,udang galah,buaya dan proboscis monkey yg boleh menjadi tarikan pelancong..mungkin JKKK kg.banting boleh mengutarakan sebarang penambahbaikan dalam pengurusan kawasan hutan simpan berkenaan