Monday, July 6, 2009

JALAN KE RUMAH ORANG PERSEORANGAN DITURAP, JALAN KEGUNAAN AWAM TERABAI

Sebahagian daripada penduduk kampung Maraba (sebelah kampung Banting) tentunya merasa bertuah kerana jalan raya ke rumah masing-masing telah diturap atas peruntukan kerajaan. Bagaiamanapun, projek penurapan jalan ke rumah orang perseorang itu cuma melibatkan beberapa buah rumah yang terletak di tepi jalan raya Beaufort-Sipitang sahaja . Bagi mereka yang mendirikan rumah agak jauh sedikit dari jalan raya utama tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Maksud saya, projek penurapan jalan itu tidak menyeluruh.
.
Di samping merasa berbangga, saya juga merasa sedikit terkilan kerana jalan raya untuk kegunaan umum ke kampung Banting, yang hanya terletak di sebelah kampung Maraba, tidak pernah diambil perhatian untuk diturap. Bukan itu saja, malah jalan raya untuk kegunaan umum di kampung Maraba itu sendiripun tidak diturap. Sepatutnya pemimpin harus mengutamakan kepentingan umum berbanding dengan kepentingan orang perseorangan. Pada pandangan saya, pemimpin seharusnya menentukan keutamaan berdasarkan kepentingan umum dan bukannya berdasarkan kepentingan orang perseorangan.

4 comments:

Anonymous said...

sepatutnya begitulah pertimbangan yang rasional.

Agah-agah bila membuat pertimbagan untuk menjadi wakil rakya.

Anonymous said...

Banaa tu!!

kaawai tanah said...

salam oang banting, sila lawati http://kadayanuniverse.blogspot.com juga jika berkesempatan, terima kasih

Anonymous said...

Jalan kampung Banting sudahpun diturap tahun lalu, terima kasih kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN