Sebagai seorang penduduk kampung Banting, Beaufort, saya amat terasa bahawa kampung Banting bukanlah sebuah kampung yang diberi keutamaan oleh wakil rakyat untuk dibangunkan. Mungkin ini adalah kerana penduduk kampung kami tidak ramai berbanding dengan kampung-kampung lain. Walaupun tidak ramai tetapi penduduk kampung kami sebenarnya adalah penyokong yang turut memberi kemenangan kepada pihak kerajaan dalam pilihan-pilihan raya yang lalu. Apa yang kami harapkan ialah perhatian yang wajar daripada wakil rakyaat kepada kampung kami supaya jalan raya ke kampung kami dapat diturap atau diaspal.
.
Wakil rakyat sudah bersilih ganti, namun hingga sekaranmg jalan raya ke kampung Banting belum juga diturap. Kami berharap wakil rakyat kami yang ada sekarang ini akan sentiasa mengambil perhatian yang terhadap masalah yang kami hadapi.
.
Saya percaya wakil rakyat di kawasan kami akan menyampaikan masalah tersebut kepada pihak atasan. Penduduk kampung telahpun sebenarnya telahpun menyuarakan perkara tersebut kepada wakil rakyat . Saya yakin pihak kerajan akan dapat menurap jalan raya ke kampung saya sebelum pilihan raya akan datang. Apa kata pemimpin yang paling atas, "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
4 comments:
Sedih juga dengar tu tuan..Penduduk di kampung kami (Kampung Semada,Serian) pun menerima nasib yang sama dengan kampung tuan..bahkan lebih teruk lagi sebab bukan sahaja jalan tidak berturap, bekalan air bersih dan bekalan elektrik pun belum ada.Penduduk kampung terpaksa bergantung dengan tangki air sendiri dan air sungai yang sudah tercemar..Musim kemarau ini menambahkan lagi kesengsaraan penduduk kampung kami..bagi kami yang telah berhijrah ke bandar ini terasa amat sedih melihat penderitaan penduduk kampung..Bukan tidak pernah minta dengan wakil rakyat tetapi sudah lenguh dengan alasan yang dibagi..Saya amat berharap slogan rakyat didahulukan ini dilaksanakan oleh wakil rakyat yang telah diberi tanggungjawab oleh rakyat untuk mengubah nasib mereka...
salam ziarah
Tida apa..saya orang yg dekat dgn yb ahli parlimen, Insyaallah akan laporkan perkara ini, sbb jln maraba dan lingkungan ada sudah naiktaraf..uja yb Banting akan jadi keutamaan tahun 2010.. sabaa- sabaa yah!
mcm ku kanal kg tu lai....
Post a Comment