Friday, December 5, 2008

KENAPA CONTENG TANDAS ?

Selepas menghadiri kenduri kahwin hari ini, saya singgah di salah sebuah tandas untuk melaksanakan urusan penting. Semasa berada di tandas itu, saya melontarkan pandangan ke kiri-kanan dan ternampak dinding yang berconteng dengan pelbagai macam kata-kata. Ada kata-kata yang berbaur cinta; ada kata-kata yang lucah; ada kata-kata yang marah kepada parti politik; dan ada pula yang marah kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Pendek kata, pebagai macam kata-kata, yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu, yang diconteng oleh pengunjung tandas. Selain itu, ada pula yang berbentuk lukisan, termasuk lukisan benda-benda sulit dan lukisan yang menggambarkan aksi-aksi lucah.
.
Tiba-tiba saya teringat pula tentang keadaan tandas di tempat saya bekerja yang selalu diconteng oleh pengunjungnya pada suatu masa dahulu. Maklumlah, didnding tandas yang berwarna putih itu senang diconteng dengan pen berwarna hitam atau biru. Kemudian dinding tandas itu dicat semula oleh pihak pengurusan dengan cat berwarna coklat bagi mengelakkan dinding tandas diconteng. Kalau tidak ada tujuan di sebaliknya, saya rasa mengecat tandas dengan warna coklat adalah kurang sesuai kerana ia menjadikan bilik tandas yang kecil itu menjadi lebih gelap. Walaupun tandas itu dicat dengan warna gelap tetapi ia masih juga diconteng dan ada pula yang menggunakan blanco untuk menyontingnya supaya contengan itu terang.
.
Sekarang dinding tandas di tempat saya bekerja sudah dipasang tile dan tidak lagi berconteng. Mungkin kerana mereka yang selalu menyunting itu sudah menjadi orang yang berdisiplin dan tidak ingin lagi melakukan perkara yang tidak berfaedah itu, ataupun ia disebabkan permukaan tile itu licin dan sukar diconteng. Tahniah kepada penyonteng yang sudah berubah sikap.
.
Apa yang saya ceritakan ini adalah tentang tandas lelaki sahaja. Mengenai dengan keadaan tandas wanita kenalah diceritakan oleh wanita sendiri kerana mereka lebih arif dengan keadaan tandas mereka. Mungkin tadas wanita tidaklah berconteng seperti tandas lelaki kerana cara wanita meluahkan perasaan agak berbeza daripada lelaki.
.
Suatu masa dahulu saya pernah terfikir untuk meletakkan kertas dan pen di dalam bilik tandas supaya penyonteng tandas menulis luahan perasaan mereka dalam kertas yang disediakan. Kemudian kita kutip kertas yang berconteng itu sebagai bahan kajian. Namun, saya tidak melaksanakannya kerana saya terfikir banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat yang boleh saya lakukan.
.
Saya tidak pasti kenapa mereka menyonteng tandas. Hanya mereka sendiri yang tahu kenapa mereka berbuat demikian. Ada kemungkinan mereka menyonteng tandas untuk menyampaikan mesej kepada pengunjung tandas yang lain. Bagimana kalau mesej itu ditujukan kepada wanita tertentu? Saya kira mesej itu tidak akan sampai kepada wanita itu secara langsung kerana wanita jarang memasuki tandas lelaki. Bagaimana pula kalau mesej itu ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertentu? Kebarangkaliannya untuk sampai kepada pemimpin-pemimpin tertentu itu adalah rendah kalau mereka bukannya pengguna tandas itu secara regular.
.
Walaubagaimanapun, penyonteng-penyonteng tandas itu telah melepaskan perasaan dan luahan hati mereka. Sampai atau tidaknya kepada orang yang ditujukan adalah perkara lain. Apa yang menjadi mangsa ialah tandas itu sendiri. Tetapi kita harus ingat, jika dinding tandas itu kotor ia memerlukan kos untuk mengecatan semula. Kosnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat negara ini, khususnya pembayar cukai.
.

3 comments:

Gerrard said...

aku adalah lelaki .. yang tak pernah lelah menconteng dinding toilet.. hahahaha! :P


regarding letak pen & paper kat toilet lelaki .. thats a great idea! ... camtu boleh buat kajian umum gak ..tapi khuatri dorang guna kertas tu utk ganti toilet paper lak . .hahahaa!

Anonymous said...

itu kreatif mungkin boring lama tunggu najis tak pandai keluar, conteng tandas tak apa, asalkan pandai bersihkan mangkuk tandas, di Singapore, penconteng penconteng tandas di beri penghormatan penuh menconteng tandas sehingga diberi cat khas.

Unknown said...

Saya ada periuk lama kadayan boleh jual ke tu saya jumpa waktu mengali lobang tiang di sipitang