Tuesday, December 2, 2008

JANGAN SALAHKAN KESESAKAN LALU LINTAS, RANCANGLAH PERJALAN DENGAN BAIK

Semakin sehari nampaknya jalan raya di sekitar Kota Kianbalu semakin sesak dipenuhi kereta peLbagai jenis. Kesesakan ini berlaku kerana semakin sehari kereta semakin banyak di jalan raya dan ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang sedang dinaik taraf di sana-sini.
.
Ada kakitangan kerajaan/swasta yang menggunakan kesesakan lalu lintas sebagai alasan lambat datang ke pejabat. Kalau sudah tahu jalan raya sesak pada setiap pagi, kenapa tidak bertolak awal dari rumah ? Ada juga kakitangan kerajaan yang sengaja lambat balik dari pejabat bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakanan lalu lintas. Mereka solat maghrib di pejabat atau singgah di masjid berhampiran kerana tidak sempat sampai ke rumah sebelum habis waktu maghrib. Namun ada juga yang membiarkan waktu maghrib itu berlalu begitu saja semasa dalam perjalanan.
.
Ada juga yang kelihatan marah-marah semasa memandu kerana jalan raya sesak. Kata orang, hilang sabar dan selalu marah-marah semasa memandu itu adalah salah satu daripada tanda-tanda awal STRESS. Stress adalah penyakit orang bandar.
.
Jangan marah-marah terhadap kesesakan lalu lintas dan rancanglah perjalanan dengan sebaik mungkin. Kita harus melihat punca kesesakan lalu lintas, seperti kereta semakin banyak dan jalan raya di naik taraf, itu adalah sebagai sesuatu yang positif. Kereta semakin sehari semakin banyak sebenarnya sebagai satu petunjuk bahawa rakyat negeri Sabah semakin berkemampuan dan mempunyai kuasa membeli semakin meningkat. Jalan raya di naik taraf menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan infrastruktur di negeri ini. Ini bermakna ekonomi negara kita semakin baik

No comments: