Thursday, December 4, 2008

ORANG UTAN TERIMA GRAN BANTUAN RM25 JUTA

Kerajaan Negeri Sabah dikatakan kehilangan royalti balak bernilai berbilion ringgit apabila mengambil keputusan untuk menjadikan 250,000 hektar hutan tanah rendah di kawasan Pengurusan Hutan Mapan Ulu Segama-Malua sebagai kawasan pemuliharaan.
.
Baru-baru ini Sime Darby telah memberikan gran bantuan sebanyak RM25 juta sebagai sumbangan ke arah usaha penghutanan semula dan pemeliharaan hutan serta spesies yang dilindungi. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan yang terbesar daripada mana-mana syarikat swasta untuk pemulihan habitat orang utan untuk menanam spesies pokok asli di kawasan seluas 5,400 hektar di Ulu Segama Utara.
.
Nampaknya orang utan mendapat peruntukan yang begitu banyak untuk keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka. Saya percaya orang utan akan merasa gembira dengan peruntukan yang diberikan kepada mereka itu. Bagaimana pula dengan peruntukan untuk orang yang betul-betul orang ? Harap-harap orang yang betul-betul orang juga akan mendapat peruntukan yang sewajarnya.
.

3 comments:

Gerrard said...

nama pun orang .. hikhik! kelakar lak .. lol ;p

Gerrard said...

bagus juga ... orang hutan ni pun macam nak pupus jer .. populasi orang utan kebanyakannya hanya di borneo ... sebaik2nya kita bersama2 menjaga spesis yang terancam ini ..

Anonymous said...

Bagaimana pula dengan peruntukan untuk orang yang betul-betul orang ? Harap-harap orang yang betul-betul orang juga akan mendapat peruntukan yang sewajarnya.