Wednesday, October 15, 2008

RUMPUT LEBIH SUBUR DARIPADA BUNGA

Gambar ini menunjukkan bunga dan rumput tumbuh dalam pasu yang sama. Bunga ditanam untuk mencantikkan halaman rumah manakala rumput adalah sebagai pendatang baru yang tidak diundang oleh si penanam bunga, tetapi sedihnya rumput pula yang lebih subur berbanding dengan bunga. Kelihatannya rumput lebih agresif daripada bunga. Mungkin inilah yang dikatakan survival of the fittest. Adalah tidak patut rumput lebih fit kerna tempat itu bunga yang punya. Rumput itu menjadi subur oleh baja yang ditaburkan untuk menyuburkan bunga. Ini bermakna rumput yang cuma sebagai pendatang itu sudah mengambil hak bunga. Sepatutnya penjaga bunga lah yang bertanggungjawab untuk mencabut rumput yang cuma menumpang dalam pasu yang dikhaskan untuk bunga oleh penanamnya.
.
Bagaimana kalau keadaan seperti ini berlaku kepada kita sebagai penduduk asal Negeri Sabah?

2 comments:

Padamar Seri said...

Sungguh menarik pemerhatian ini.

Soalnya, kenapa ada rumput dalam pasu bunga tersebut kalau tidak kerana ada benihnya dalam tanah tersebut.

Mungkin kita boleh cari dimana silapnya. Maksudnya kita sendiri tidak perihatin dan tidak berhati-hati ketika mengambil tanahnya.

Sama juga dengan keadaan kita yang ada di bumi Sabah ini. Orang kita sendiri membiarkannya. dari dulu sampai kini kita mempunyai sikap tidak peduli malah memandang enteng kehadiran pendatang asing. Malah ada yang memperguna dan sering amarah kehadiran mereka. Tanpa berusaha untuk menyelesaikannya.

Tapi bila, benih rumput telah mempunyai tunas lalu membesar kita merasa marah dan terancam dengan kehadirannya kerana ia menggangu sesuatu yang kita inginkan.

Pada dasarnya, rumput tidak pernah salah untuk tumbuh ditanah, kerana ini soal kehidupan. Yang salahnya kita, merungut serta menyalahkan rumput tersebut apabila menjejaskan kehendak kita.

Bukankah kuasanya ada pada kita, cabut saja rumput tersebut sehingga ke akarnya kalau kita tidak mau ia mengganggu bunga kita. Jadi persoalannya, adakah kita benar-benar ingin melihat bunga itu mekar semahunya.

Kita ibarat bunga, manja perlu dijaga dan pendatang ibarat rumput berusaha untuk hidup dimana jua tanahnya.

Berusahalah kita menjaga pasu bunga kita setiap masa agar bunga itu mekar indah ditaman kita dan kembalikanlah rumput pada tempat yang sepatutnya.

abangdamet said...

Pemerhatian ini berkait dengan banyak persoalan... Soalnya, apakah yang dilakukan oleh pemilik (penanam bunga) atau pihak yang bertanggungjawab...??

Rumput lebih subur daripada pokok bunga... memperlihatkan sikap tiada kesungguhan penanam bunga (mungkin menanam bunga sekadar ikut-ikutan atau dengan minat yang bermusim, malas, tidak kisah... mengharap orang lain melakukannya).

Jika dikaitan dengan keadaan masyarakat kita, ia menggambarkan KETIDAKSUNGGUHAN pihak berkuasa dan sikap penduduk tempatan sendiri. Sejak dahulu lagi sudah terlalu banyak RUANG dan PELUANG dibiarkan untuk pendatang asing... sehingga pendatang asing hidup lebih senang (subur) berbanding rakyat tempatan.