Monday, December 8, 2008

KRAFTANGAN TRADISI PERLU DIPELIHARA

Generasi terdahulu suku kaum Kadayan Kampung Banting mempunyai kebolehan membuat pelbagai jenis kraftangan yang berupa anyaman daripada buluh, mangkuang (bangkuang dalam dialek Kadayan), daun pandan, rotan, halingkawang, bamban dan sebagainya. Bahan-bahan yang mereka gunakan itu adalah dari sumber alam semula jadi yang terdapat di persekitaran tempat tinggal mereka. Mungkin mereka yang tinggal di tempat lain menggunakan sumber alam yang berlainan pula kerana persekitaran yang berbeza. Gambar di atas menunjukkan takiding dan ngiyu (nyiru) yang diperbuat daripada anyaman buluh. Selain buluh, kulit batang bamban juga boleh digunakan untuk membuat takiding dan ngiyu. Bingkai takiding dan ngiyu biasanya diperbuat daripada rotan dan diikat dengan halingkawang.
.
Nampaknya pada hari ini sudah semakin kurang generasi baru yang mewarisi kepakaran membuat kraftangan yang berupa anyaman, manakala generasi lama yang berkebolehan pula semakin berkurangan. Sumber untuk membuat anyaman juga semakin berkurangan dan kalaupun ada ia hanya boleh didapati di tempat yang agak jauh. Kekurangan bahan daripada sumber alam semula jadi menyebabkan ada di anatara mereka yang menggunakan bahan-bahan lain yang terdapat di pasaran sebagai gantian. Bahan-bahan seperti plastik dan sebagainya senang didapati di kedai-kedai dan supermarket tanpa bersusah payah mencari di hutan.


Kraftanga dalam gambar di atas dipangil bahai oleh suku kaum Kadayan. Bahai dalam gambar ini diperbuat daripada bahan yang diperolehi dari kedai atau supermarket. Walaupun bahai ini kelihatan cantik dan menarik tetapi ia agak terjejas sedikit dari segi keasliannya kerana ia bukan lagi diperbuat daripada bahan asli tempatan. Secara tradisinya, bahai biasanya diperbuat daripada mangkuang dan talinya daripada kulit sejenis kayu yang dipanggil timbaan oleh suku kaum Kadayan.
.
Terdapat berbagai-bagai lagi kraftangan suku kaum Kadayan yang diperbuat daripada buluh, rotan, mangkuang, daun pandan, bamban dan sebagainya. Contohnya, buluh dan rotan boleh digunakan untuk membuat balatak (raga) dan daun mangkuang dan pandan boleh digunakan untuk anyaman tikar, bakul dan bayung .
.
Saya bimbang kraftangan tradisi Kadayan yang berupa anyaman buluh, rotan, mangkuang, padan, bamban dan sebagainya akan beransur pupus jika generasi tua tidak mewariskan kepakaran mereka kepada generasi muda atau generasi muda tidak berminat untuk mempelajarinya.
.

BARANGAN ANTIK

PERIUK DIPERBUAT DARIPADA TEMBAGA
DAN BERTULISAN JAWI "SELAMAT PAKAI"

PELBAGAI JENIS PERIUK DIPERBUAT DARIPADA TEMBAGA

CEREK TEMBAGA

SUDU




Friday, December 5, 2008

KENAPA CONTENG TANDAS ?

Selepas menghadiri kenduri kahwin hari ini, saya singgah di salah sebuah tandas untuk melaksanakan urusan penting. Semasa berada di tandas itu, saya melontarkan pandangan ke kiri-kanan dan ternampak dinding yang berconteng dengan pelbagai macam kata-kata. Ada kata-kata yang berbaur cinta; ada kata-kata yang lucah; ada kata-kata yang marah kepada parti politik; dan ada pula yang marah kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Pendek kata, pebagai macam kata-kata, yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu, yang diconteng oleh pengunjung tandas. Selain itu, ada pula yang berbentuk lukisan, termasuk lukisan benda-benda sulit dan lukisan yang menggambarkan aksi-aksi lucah.
.
Tiba-tiba saya teringat pula tentang keadaan tandas di tempat saya bekerja yang selalu diconteng oleh pengunjungnya pada suatu masa dahulu. Maklumlah, didnding tandas yang berwarna putih itu senang diconteng dengan pen berwarna hitam atau biru. Kemudian dinding tandas itu dicat semula oleh pihak pengurusan dengan cat berwarna coklat bagi mengelakkan dinding tandas diconteng. Kalau tidak ada tujuan di sebaliknya, saya rasa mengecat tandas dengan warna coklat adalah kurang sesuai kerana ia menjadikan bilik tandas yang kecil itu menjadi lebih gelap. Walaupun tandas itu dicat dengan warna gelap tetapi ia masih juga diconteng dan ada pula yang menggunakan blanco untuk menyontingnya supaya contengan itu terang.
.
Sekarang dinding tandas di tempat saya bekerja sudah dipasang tile dan tidak lagi berconteng. Mungkin kerana mereka yang selalu menyunting itu sudah menjadi orang yang berdisiplin dan tidak ingin lagi melakukan perkara yang tidak berfaedah itu, ataupun ia disebabkan permukaan tile itu licin dan sukar diconteng. Tahniah kepada penyonteng yang sudah berubah sikap.
.
Apa yang saya ceritakan ini adalah tentang tandas lelaki sahaja. Mengenai dengan keadaan tandas wanita kenalah diceritakan oleh wanita sendiri kerana mereka lebih arif dengan keadaan tandas mereka. Mungkin tadas wanita tidaklah berconteng seperti tandas lelaki kerana cara wanita meluahkan perasaan agak berbeza daripada lelaki.
.
Suatu masa dahulu saya pernah terfikir untuk meletakkan kertas dan pen di dalam bilik tandas supaya penyonteng tandas menulis luahan perasaan mereka dalam kertas yang disediakan. Kemudian kita kutip kertas yang berconteng itu sebagai bahan kajian. Namun, saya tidak melaksanakannya kerana saya terfikir banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat yang boleh saya lakukan.
.
Saya tidak pasti kenapa mereka menyonteng tandas. Hanya mereka sendiri yang tahu kenapa mereka berbuat demikian. Ada kemungkinan mereka menyonteng tandas untuk menyampaikan mesej kepada pengunjung tandas yang lain. Bagimana kalau mesej itu ditujukan kepada wanita tertentu? Saya kira mesej itu tidak akan sampai kepada wanita itu secara langsung kerana wanita jarang memasuki tandas lelaki. Bagaimana pula kalau mesej itu ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertentu? Kebarangkaliannya untuk sampai kepada pemimpin-pemimpin tertentu itu adalah rendah kalau mereka bukannya pengguna tandas itu secara regular.
.
Walaubagaimanapun, penyonteng-penyonteng tandas itu telah melepaskan perasaan dan luahan hati mereka. Sampai atau tidaknya kepada orang yang ditujukan adalah perkara lain. Apa yang menjadi mangsa ialah tandas itu sendiri. Tetapi kita harus ingat, jika dinding tandas itu kotor ia memerlukan kos untuk mengecatan semula. Kosnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat negara ini, khususnya pembayar cukai.
.

Thursday, December 4, 2008

ORANG UTAN TERIMA GRAN BANTUAN RM25 JUTA

Kerajaan Negeri Sabah dikatakan kehilangan royalti balak bernilai berbilion ringgit apabila mengambil keputusan untuk menjadikan 250,000 hektar hutan tanah rendah di kawasan Pengurusan Hutan Mapan Ulu Segama-Malua sebagai kawasan pemuliharaan.
.
Baru-baru ini Sime Darby telah memberikan gran bantuan sebanyak RM25 juta sebagai sumbangan ke arah usaha penghutanan semula dan pemeliharaan hutan serta spesies yang dilindungi. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan yang terbesar daripada mana-mana syarikat swasta untuk pemulihan habitat orang utan untuk menanam spesies pokok asli di kawasan seluas 5,400 hektar di Ulu Segama Utara.
.
Nampaknya orang utan mendapat peruntukan yang begitu banyak untuk keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka. Saya percaya orang utan akan merasa gembira dengan peruntukan yang diberikan kepada mereka itu. Bagaimana pula dengan peruntukan untuk orang yang betul-betul orang ? Harap-harap orang yang betul-betul orang juga akan mendapat peruntukan yang sewajarnya.
.

JANGAN BIARKAN POKOK SPESIES BARU TUMBUH SUBUR

Saya teringat tentang pokok yang subur dan rimbun tumbuh di tepi sumgai, yang banyak memberi manfaat kepada penghuni alam ini. Para petani dan nelayan berteduh di bawahnya untuk mengelak dari kepanasan matahari yang terik sambil menikmati tiupan angin sepui-sepui bahasa dan mendengar siulan merdu burung-burung yang berkicauan hinggap di atas dahan dan ranting yang tersusun rapi.
.
Pokok yang subur menghasilkan buah sebagai sumber makanan bagi burung-burung yang hinggap di atasnya. Buah-buah yang jatuh ke tanah menjadi sumber pelbagai jenis binatang yang hidup di daratan. Buah yang jatuh ke sungai pula menjadi makanan ikan yang berenang menyusuri air sungai yang jenih.
.
Jika pokok itu tidak dipelihara dengan baik, mungkin daun-daunnya akan berguguran, dahan dan rantingnya akan menjadi patah. Lebih malang lagi jika batangnya menjadi reput dan akar tunjangnya pula tercabut. Kalau keadaan sedemikian berlaku, mungkin para petani, nelayan, burung, ikan dan sebagainya yang dahulunya riang gembira akan menjadi resah gelisah kerana kehilangan tempat berteduh dan berlindung.
.
Jangan bimbang, "patah tumbuh hilang berganti." Jika pokok yang baru tumbuh itu adalah bibit daripada pokok yang terdahulu, pastinya para petani dan nelayan serta segala mahluk yang lainnya merasa gembira dan bersyukur. Apabila pokok itu menjadi subur nanti, ia akan melindungi segala yang pernah berlindung di bawah pokok yang hidup subur di tempat yang sama pada masa yang lampau. Semua petani, nelayan, burung, ikan dan binatang di daratan yang dahulunya merasa kecewa datang berduyun-duyun kembali untuk berteduh di bawah pokok yang subur dan rimbun itu.
.
Keadaan mungkin berlainan kalau pokok yang lama itu tidak ada bibitnya dan pokok dari spesies lain pula yang tumbuh. Apakah pokok spesies lain itu akan dicincang lumat-lumat oleh para petani, nelayan, burung, ikan dan pelbagai jenis binatang sebelum ia sempat membesar.

Tuesday, December 2, 2008

JANGAN SALAHKAN KESESAKAN LALU LINTAS, RANCANGLAH PERJALAN DENGAN BAIK

Semakin sehari nampaknya jalan raya di sekitar Kota Kianbalu semakin sesak dipenuhi kereta peLbagai jenis. Kesesakan ini berlaku kerana semakin sehari kereta semakin banyak di jalan raya dan ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang sedang dinaik taraf di sana-sini.
.
Ada kakitangan kerajaan/swasta yang menggunakan kesesakan lalu lintas sebagai alasan lambat datang ke pejabat. Kalau sudah tahu jalan raya sesak pada setiap pagi, kenapa tidak bertolak awal dari rumah ? Ada juga kakitangan kerajaan yang sengaja lambat balik dari pejabat bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakanan lalu lintas. Mereka solat maghrib di pejabat atau singgah di masjid berhampiran kerana tidak sempat sampai ke rumah sebelum habis waktu maghrib. Namun ada juga yang membiarkan waktu maghrib itu berlalu begitu saja semasa dalam perjalanan.
.
Ada juga yang kelihatan marah-marah semasa memandu kerana jalan raya sesak. Kata orang, hilang sabar dan selalu marah-marah semasa memandu itu adalah salah satu daripada tanda-tanda awal STRESS. Stress adalah penyakit orang bandar.
.
Jangan marah-marah terhadap kesesakan lalu lintas dan rancanglah perjalanan dengan sebaik mungkin. Kita harus melihat punca kesesakan lalu lintas, seperti kereta semakin banyak dan jalan raya di naik taraf, itu adalah sebagai sesuatu yang positif. Kereta semakin sehari semakin banyak sebenarnya sebagai satu petunjuk bahawa rakyat negeri Sabah semakin berkemampuan dan mempunyai kuasa membeli semakin meningkat. Jalan raya di naik taraf menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan infrastruktur di negeri ini. Ini bermakna ekonomi negara kita semakin baik

Monday, December 1, 2008

CARA TERBARU MENCURI KERETA

Biasanya anda berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Anda start injin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila anda melihat cermin untuk melihat kawasan belakang, anda dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan anda. Jadi anda parking semula kereta anda, membuka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan anda tadi.
.
Apabila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta anda dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa dia melarikan kereta anda. Kalaulah anda kaum hawa, mungkin beg duit anda masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta anda, alamat rumah anda, duit anda, dan kunci-kunci anda. Rumah anda dan kesemua identiti anda telah diperolehi pencuri.
.
Pesanan
.
Jika anda melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kereta anda, teruskan memandu dan tanggalkan kemudian.
.