Negara kita adalah anugerah Allah yang cukup indah dan bernilai, dihiasi oleh gunung-ganang yang pelbagai bentuk dan laut membiru yang terbentang luas. Air yang jernih mengalir tanpa halangan, tempat ikan-iakan berenang menikmati kedamaian alam. Binatang liar berkeliaran mencari makan di hutan belantara tanpa gangguan.
Pada hari ini keadaan semakin berubah. Segala apa yang pernah dinikmati oleh generasi kita terdahulu ankhirnya hanya tinggal sejarah. Binatang liar dan hutan rimba semakin pupus akibat tindakan manusia yang semakin rakus. Sungai-sungai kecil sudah tertimbus dan air yang dahulunya jernih menjadi semakin keruh dan tercamar. Pesisir pantai pun kini sudah dikotori oleh sampah sarap. Air di tepi pantai menjadi kotor menyebabkan ada anak-anak ikan yang mati tidak sempat membesar hingga dewasa; ada pula yang matanya buta sebelum sempat melihat dunia, dan ada yang beredar ke laut dalam untuk menghindarkan diri dari hidup tersiksa. Ini telah menjejaskan sumber reziki nelayan kampung yang kurang berkemampuan. Bagi nelayan laut dalam yang berskala besar, "no hal lah."
Hutan belantara yang dahulunya ditakuti, dikatakan berhantu dan berpuaka, kini sudah bertukar menjadi desa dan , malah, menjadi bandar dan kota. Maklumlah, kalau desa sudah menjadi kota, manusia pun datang berhijrah semakin ramai tidak terkira. Semakin ramai yang datang mencari kerja atau datang hanya suka-suka, termasuklah rakyat asing khususnya dari negara jiran kita. Lain lagi pelancung dari luar negara yang datang ke negara ini secara sementara.
Sedihnya, ada diantara mereka yang membuang sampah di merata-rata, menjadi kutu sampah di bandaraya. Pada hal, tong sampah sudahpun disedia, tetapi sayangnya ia tidak diguna. Seolah-olah mereka itu macam pengguna yang tidak berguna. mungkin mereka fikir orang lain buang dan orang lain pula yang pungut sampah. Maksud saya, orang ramai membuang sampah sesuka hati dan pihak berkuasa tempatan (Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah) yang memungut sampah. Nasib baik di negara kita ini ada yang dipetanggungjawabkan memungut sampah. Apa akan terjadi kalau semua orang membuang sampah dan tiada orang yang memungut sampah. Sepatutnya kita mempunyai mentaliti yang lebih jauh ke hadapan dan katakan pada diri kita sendiri, "Tiada orang membuang sampah dan semua orang memungut sampah." Kita mesti memikirkan bahawa kebersihan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
Ada orang yang memmpunyai sikap "tidak apa." Mereka menganggap bahawa membuang satu pontong rokok atau kulit gula-gula di merata-rata itu sebagai "tidak apa" kerana itu perkara kecil shaja. Kalau beginilah pemikiran rakyat yang berjuta-juta, pasti negara kita boleh dicemari oleh longgokan pontong rokok dan kulit gula-gula. "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit."
Banyak lagi perkara lain yang jelas dan nyata kalau hendak dikata. Ada orang yang mencari makan dengan menggunakan pisau, parang, pistol dan pelbagai bentuk senjata. Merompak dan mecuri menjadi pekerjaan mereka, yang penting keluarga dapat disara dan dosa belakang kira. Walaupun ramai yang ditangkap dan masuk penjara, tetapi keadaan seperti ini masih juga berleluasa. Kalaulah begini keadaannya, akhirnya negara kita menjadi huru hara.
Sayangilah negara kita.

No comments:
Post a Comment