Dalam perbincangan saya yang terdahulu, saya mengatakan bahawa perkahwinan suku kaum Kadayan dengan suku kaum lain adalah merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan generasi muda Kadayan tidak begitu tahu bertutur dalam dialek Kadayan yang tulin. Ketulinan dalam pengucapan dialek Kadayan akan terus berkurangan sekiranya generasi seterusnya berkahwin lagi dengan suku kaum bukan Kadayan. ini hanyalah andaian semata-mata dan bukannya berdasarkan kajian secara ilmiah, mahupun berdasarkan literature search atau literature review. Manalah tahu suatu masa nanti ada pihak yang ingin membuat kajian terhadap perkara tersebut.
Perkahwinan campur etnik Kadayan sebenarnya adalah merupakan perkara yang sukar dielakkan (mungkin tidak dapat di elakkan sama sekali) kerana generasi muda Kadayan hari ini lebih merantau jauh berbanding dengan generasi terdahulu. Apabila anak-anak muda Kadayan berada di perantauan pastinya ada di antara mereka yang terpaut dengan gadis atau jejaka yang berlainan etnik atau bangsa. Mungkin juga berlaku sebaliknya, etnik atau bangsa lain pula yang terpikat dengan orang Kadayan. Maklumlah, ramai juga pemuda-pemudi Kadayan yang "bangis" (cantik, lawa, kacak) dan apatah lagi jika memakai pelbagai "accesory" tambahan. Tidak kira siapa yang memikat dan terpikat, tetapi yang jelas banyak berlaku perkahwinan inter ethnic atas pilihan mereka sendiri. Hari ini tidak ramai lagi ibu bapa yang menentukan jodoh anak mereka.
Keadaan seperti ini berlaku kerana mobiliti etnik Kadayan semakin luas bagi memenuhi pelbagai tuntutan dalam kehidupan yang semakin mencabar pada hari ini. Semakin hari semakin ramai generasi muda Kadayan yang merantau jauh untuk menuntut ilmu pengetahuan, mencari pekerjaan, berniaga dan sebagainya. Ini menunjukkan genersi muda etnik Kadayan semakin maju dan tidak ketinggalan dalam usaha merebut peluang yang ada di mana-mana. Dunia yang terbentang luas ini pasti dapat menyediakan reziki untuk mereka, walau di mana pun mereka berada, tidak kira di kampung atau di kota.
Bagi generasi muda yang berkayakinan tinggi, pastinya mereka sanggup menempuh unak dan duri, untuk merebut peluang yang mungkin datang hanya sekali. Begitulah sepatutnya generasi Kadayan hari ini.
Nampaknya ramai sudah generasi muda Kadayan yang berpendidikan. Bagi mereka yang masih mampu belajar, teruskanlah belajar dan tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China sekalipun. Pendidikan itu semakin penting. Kemajuan pada hari ini bukannya bergantung semata-mata kepada sumber alam, tetapi banyak bergantung kepada bilangan rakyat yang berpendidikan.
Apabila ramai sudah berpendidikan, masalah lain pula yang timbul. Anak-anak muda yang berpendidikan tinggi semuanya berhijrah ke bandar dan hanya ibu bapa mereka saja yang tinggal di kampung. Ibu bapa di kampung semakin tua, anak-anak mereka pula semakin jarang balik kerana bertugas di tempat yang jauh.
PANTUN KADAYAN
UNGGAT-UNGGAT BATANG
BATANG TAGIYU-GIYU
LAMBAT NINI DATANG
MBAWA SALAI HIYU
Pantun ini menggambarkan anak-anak yang sedang menunggu kepulangan nenek mereka.
Mungkin begitu jugalah keadaan ibu bapa kita menunggu kepulangan kita ke kampung.

No comments:
Post a Comment