Perbincangan ini adalah merupakan pendapat saya sendiri semata-mata dan bukannya berdasarkan kajian secara ilmiah. Mengikut pemerhatian saya, dialek Kadayan adalah bahasa Melayu yang dituturkan dengan sebutan (bunyi) yang berlainan (berbeza), iaitu mempunyai ciri yang sama dengan dialek Melayu Kelantan, dialek Brunei dan dialek-dialek lain yang mempunyai rumpun yang sama dengan bahasa Melayu. Perbezaannya, dialek Kadayan cuma dituturkan oleh komuniti yang kecil berbanding dengan dialek Melayu Kelantan yang dituturkan oleh komuniti yang lebih besar.
Secara logiknya, benda yang kecil itu lebih mudah hilang berbanding dengan benda yang besar. Cacair yang sedikit pastinya mempunyai kurang kepekatan berbanding dengan cacair yang banyak apabila campur dengan air dan satu bekas. Tiga sudu serbuk kopi pastinya akan lebih pekat berbanding dengan satu sudu serbuk kopi jika dibancuh dengan air panas dalam gelas berlainan yang sama besarnya.
Begitu juga keadaannya dengan dialek Kadayan yang hanya dituturkan oleh komuniti yang kecil, ia akan lebih mudah terjejas apabila bertembung dengan dialek komuniti yang lebih besar. Walaupun tidak hilang, tetapi mungkin ia akan terjejas dari segi ketulinan sebutannya. Jika dialek Kadayan dituturkan dengan membunyikan sebutan huruf "r", itu bermakna dialek Kadayan sudah terpengaruh oleh dialek komuniti yang menggunakan consonant "r". Bukan itu saja, mungkin dialek Kadayan juga boleh terjejas dari segi cara dan intonasi pengucapannya.
Kumpulan yang kecil lebih mudah terpengaruh oleh kumpulan yang lebih besar adalah perkara biasa yang sukar dielakkan. Contohnya, apabila seorang anak remaja bergaul dengan kumpulan rakan sebaya yang mempunyai subculture tersendiri seperti menghidu gam, merokok, minum arak dan sebagainya, maka sudah tentu dia akan mudah terpengaruh oleh subculture tersebut. Ini dapat dikaitkan dengan andaian berdasarkan Theory of Conformity. Jika remaja itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan subculture yang ada di luar sana, mungkin dia akan rasa tersisih atau kurang diterima oleh rakan-rakan sebaya yang lain. Kalau remaja itu tidak mempunyai ketahanan yang kuat, akhirnya dia akan terpengaruh sepenuhnya oleh rakan sebaya yang lain. Hanya remaja yang mempunyai ketahanan dalaman sahaja yang boleh menyesuaikan diri dalam kumpulan seperti itu tanpa memjejaskan kualiti dirinya yang positif seperti yang diterapkan di rumah dan di sekolah. Saya sedar contoh yang diberikan ini terpesong jauh dari persoalan pokok dalam perbincangan ini. Bagaimanapun, contoh ini boleh memperingatkan kepada kita supaya anak-anak remaja kita tidak terjebak dalam kumpulan yang mempunyai subculture yang negatif. Sebaliknya anak-anak kita pasti akan menjadi orang dewasa yang baik jika mereka bergaul dengan kumpulan yang mempunyai subculture yang baik.
Saya memberi contoh yang negatif dalam perbincangan ini bukan sama sekali bertujuan untuk mengatakan bahawa pengaruh dialek komuniti lain terhadap dialek Kadayan merupakan perkara yang negatif dan merugikan. Namun pada pandangan saya, pengaruh luar terhadap dialek Kadayan adalah sesuatu yang menguntungkan bagi memperkayakan lagi dalek Kadayan. Pokoknya, jangan sampai dialek Kadayan diasimilasikan sepenuhnya dengan dialek komuniti lain. Kita tidak ingin melihat suatu masa nanti dialek Kadayan itu hanya tinggal sejarah.
Sebagai mengakhiri perbincangan kali ini, marilah kita sama-sama merenung "TEKA-TEKI KADAYAN" .
"MALAM JADI PAYI, SIANG JADI HIYU"
(Malam jadi ikan pari, siang jadi ikan yu)
Jawapan: Tikaa (Tikar)
Melihat dari ungkapan teka-teki di atas kita dapat menggambarkan suasana persekitaran tempat tidur orang Kadayan pada zaman dahulu. Mereka tidur menggunakan tikar di atas lantai. Tikar itu dihamparkan pada waktu malam sebagai tempat tidur dan digulung pada waktu siang supaya tidak kotor. Maklumlah, kebanyakan rumah orang Kadayan pada zaman dahulu tidaklah sebesar rumah orang Kadayan pada hari ini, mungkin di situlah tempat tidur dan di situ jugalah ruang tamunya.
Rasanya, teka-teki tersebut berasaskan pemerhatian terhadap tempat tidur orang Kadayan. Malam di katakan jadi "payi" (pari) kerana tikar itu dihamparkan lebar dan leper seperti ikan pari. Siang pula dikatakan jadi "hiyu" (yu) kerana tikar itu digulung jadi panjang seperti ikan yu.
SAMPAI ANI NGANYA DAHULU, AMUN ADA MASA NANTI KU BACAITA LAGI

6 comments:
Saya 100%. Bukan sahaja dialek kadayan itu perlu dikekalkan, tetapi juga dialek-dialek tempatan yang lain. Tahniah atas blog ini.
Terima kasih atas komen tuan huguon.
aik, nda hada posting baru, nilah kan bakuapak kadayan. bah kalau hantap bana salahnya. tolong jua baiki.
kan bakuapak kadayan aku bah .. bah mai tah ba amai amai..
pandai sudah jua kamu tu batutuan kadayan, amun macam atu nda payah balajaa banyak lagi, taus aakan tia.....nanti ku mbai sijil.
Bru bca blog ni tahun 2020 memang bagus lh awq punye blog
Post a Comment