Wednesday, November 19, 2008

UNGKAPAN UNTUK RENUNGAN

Berikut adalah beberapa ungkapan yang pernah saya dengar untuk renungan bersama:
.
  • Kekalahan Parti Kerajaan bukannya disebabkan Parti Pembangkang kuat, tetapi kerana Parti Kerajaan lemah.

.

  • Kita bukan gagal, cuma belum berjaya.
.


  • Saya bukan takut, cuma saya belum berani.
.

  • Gelas itu bukannya separuh kosong, tetapi separuh penuh.
.


  • Orang itu bukan pendek, cuma tidak cukup tinggi.
.


  • Saya bukan takutkan isteri, cuma isteri saya tidak takutkan saya.
.

Saya rasa banyak lagi ungkapan yang sengaja untuk menyenagkan hati yang pernah anda dengar. Adakah ungkapan seperti ini dianggap positif atau cuma mengelirukan ?


3 comments:

sue_illyana said...

saya rasa ungkapan seperti itu sesuatu ang positif la..janganlah kita anggap ia sesuatu yang negatif.

Anonymous said...

Pada saya ungkapan-ungkapan ini boleh diangap positif dan sebaliknya bergantung kepada situasi dan persekitaran, ungkapan-ungkapan seumpama ini mempunyai maksud yang tersirat, ianya sama sahaja jika seorang bertanya awak hendak kemana, si kawan menjawab saya hendak pergi ketempat dimana saya mahu pergi.... logikkan

Anonymous said...

ibu bertanya kepada anak-kamu sudah mandi?, si anak jawab-selalu