Thursday, November 13, 2008

BENDERA LUSUH SEPARUH TIANG

Semasa saya berjalan-jalan di Kampung Air, Kota Kinabalu pagi tadi, saya nampak Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) dan Bendera Negeri Sabah yang sudah lusuh dinaikkan separuh tiang di tingkat satu sebuah bangunan rumah kedai. Di rumah kedai yang berhampiran dalam deretan yang sama terdapat lagi satu bendera yang lebih lusuh tetapi ia tidaklah tergantung separuh tiang. Sepatutnya kalau bendera itu sudah lusuh, gantikanlah dengan bendera yang baru. Jenguk-jenguklah bendera yang anda naikkan di hadapan premis perniagaan atau tempat tinggal anda dan jangan biarkan ia terlalu lusush atau tergantung separuh tiang seperti dalam gambar ini. Bendera perlu dihormati sebagai tanda taat setia kita kepada bangsa dan negara. Bendera harus dilihat sebagai lambang kedaulatan negara kita yang tercinta.

3 comments:

GC said...

Bos, saya bukan apa, tapi istilah 'setengah tiang' macam inda ngam bah kan, macam lain bunyi nya, 'separuh tiang' kali tepat, karang marah tokei kadai atu.

KADAYAN BANTING said...

SETENGAH TIANG TU MACAM GILA-GILAKAN NDA "CENTRE"

KADAYAN BANTING said...

tq greg aku ubah separuh tianglah