Monday, December 22, 2008

TANDAS DI SALAH SEBUAH KEDAI MAKAN

Kalau anda terjumpa tandas yang macam ni, pandai-pandailah anda menggunakannya mengikut cara yang anda fikirkan sesuai.

Tandas macam ni barulah keliahatan lebih kemas dan lebih selesa digunakan, lebih-lebih lagi ia dilengkapi dengan hos untuk mercuci apa juga yang ingin anda cuci. Biasanya kalau di hotel-hotel besar tandasnya cantik-cantik tetapi sedihnya banyak yang tidak dilengkapi dengan hos seperti dalam gambar ini dan malah paip air pun tidak ada. Macam tidak berunsur Islamic langsunglah. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mensyaratkan semua tandas hotel di Malaysia dilengkapi dengan hos untuk mencuci.

6 comments:

Gerrard said...

kahkahkah! camne nak duduk tu.. wakakakaa! adoi~ sape la sengal sangat buat tandas camni .. low bajet agaknya .. ehikkssss!

Nadzerah said...

di mana kadai tuuu... indahlah bah santik, bidah betul.. masam lah becibuk kalau tandas begitu, indaku paham.

KADAYAN BANTING said...

Carilah sendiri di mana kedai tu. Senbenarnya ok juga bah tandas tu, paip air dan baldi disediakan untuk bercibuk. Tidaklah seperti sesetengah tandas hotel yang tiada hos air atau tiada tempat bercibuk langsung. Mungkin ada sebab-sebab tertentu tandas tu dipasang macam tu.

Anonymous said...

Di Luar Lingkaran: Tandas awam cerminkan siapa kita sebenarnya
Oleh Johan Jaaffar
zulujj@tm.net.my
Apa maknanya kemajuan dan kejayaan ekonomi?

BEBERAPA MINGGU yang lalu saya menaiki kenderaan menuju ke pekan Kudat, di Sabah. Perjalanan itu mengambil masa dua jam setengah. Di antara simpang ke Kota Belud hingga ke Kudat, tidak banyak pekan, stesen minyak atau tempat rehat. Perjalanan itu menarik, melalui pantai, sawah padi, bukit bukau dan kampung-kampung tradisi pelbagai suku kaum di negeri itu. Kami terpaksa berhenti di surau sebuah pusat pendidikan agama di tengah jalan. Alangkah terperanjatnya kami melihat keadaan tandas surau itu: Sinki rosak, paip air tidak berfungsi dan tandasnya tidak terjaga.

Sesiapapun yang menggunakan jalan-jalan raya di negara ini - baik di Sabah, Sarawak atau Semenanjung - akan menghadapi keadaan yang sama: Tandas awam yang kotor dan memalukan. Ada kalanya di tempat rehat yang dikunjungi oleh ramai orang, tandasnya tidak berfungsi langsung. Di kawasan yang dikunjungi pelancong luar, tandasnya tidak dijaga rapi. Itu jangan dikira tandas awam di perhentian bas, teksi atau tempat-tempat lain. Lebih menyedihkan lagi keadaan tandas di banyak stesen minyak kita.

Saya pernah membawa tetamu dari luar negara ke beberapa tempat di negara ini. Mereka kagum dengan keindahan alam semula jadi. Mereka hargai pembangunan kita. Mereka menyanjung tinggi perubahan yang berlaku di kota-kota kita. Kuala Lumpur menjadi kota yang gah dan bangga dengan bangunan pencakar langit malah menjadi tapak bangunan paling tinggi di dunia satu masa dulu. Tetapi secara diam-diam mereka berasa kecewa dengan tandas awam kita. Malah, dalam banyak kad terima kasih yang saya terima, mereka mencatatkan, "Kalaulah anda boleh menjaga tandas awam…"

Apakah masalah kita sebenarnya? Sikap ambil mudah? Tandas berada dalam kedudukan paling rendah dalam skima cerminan keupayaan kita? Atau memang kita pada dasarnya pengotor? Budaya tandas kita buruk? Budaya? Mengapa tidak? Penggunaan tandas juga memerlukan etika dan peraturan. Adab ke tandas tidak boleh dipandang mudah. Terutama tandas awam. Mengapakah tandas awam kita tidak mencerminkan kemajuan, kejayaan dan keupayaan ekonomi kita? Seperti canggihnya peralatan elektronik hari ini, tandas juga semakin canggih dan menggunakan teknologi terbaru. Tetapi apakah maknanya teknologi terbaru tandas kalau penggunanya tidak beradab dan bersopan?

Penyakit tandas awam kotor ini nampaknya menular hingga ke bangunan-bangunan kerajaan termasuk di hospital dan sekolah. Nampaknya hanya pasar raya besar dan lebuh raya bertol yang memastikan tandas awam mereka terjaga baik. Budaya menggunakan tandas agaknya perlu diajar dengan cara baru. Malah, diperlukan anjakan paradigma dalam soal ini. Kita memerlukan juga lonjakan mega dalam soal menangani tandas awam. Jikalau budaya ini tidak disemai dari kecil, nampaknya kita akan berdepan dengan satu lagi krisis dalam senarai penyakit sosial kita - dadah, melepak, merempit. Sikap menggunakan tandas awam samalah dengan sikap kita memandu di jalan raya - tidak sopan, tidak hormat pada orang lain, kasar dan sombong.

Dalam konteks menggunakan tandas awam, sikap umum ialah kita hanya mahu menyelesaikan masalah kita saja. Pedulilah orang selepas kita. Ada kalanya kita menganggap mengotorkan tandas awam dengan perlakuan kita sesuatu yang dibanggakan. Rakyat kita nampaknya harus diajar sampai pada cara mengepam air atau flush. Negara Singapura pernah menyaman orang yang tidak mengepam air setelah menggunakan tandas. Kita mentertawakan mereka. Tetapi tandas awam republik itu sentiasa bersih. Budaya menggunakan tandas mereka cukup baik.

Cerita tandas awam yang kotor di negara ini bukan baru. Tetapi nampaknya sudah diterima sebagai sebahagian dari ciri kehidupan kita. Nampaknya kita melancarkan kempen untuk semua perkara - dari membaca, menggunakan Bahasa Kebangsaan hingga tabiat menabung - tetapi tidak untuk menggunakan tandas awam. Kita juga enggan menerima hakikat bahawa kita tidak menganggap malu mengotorkan tandas awam. Kita juga enggan mengakui bahawa sekiranya di adakan sistem penilaian (rating) di antara negara-negara, Malaysia mungkin setaraf dengan banyak negara mundur dan yang ketinggalan daripada segi kemajuan ekonomi, dalam konteks kebersihan tandas awam.

Kita semua tahu tidak ada agama yang menggalakkan penganutnya mengamalkan cara hidup yang kotor. Agama Islam menjadikan kebersihan sebagai teras amalan ibadatnya. Teras amalan dalam Islam ialah aspek kebersihan yang memerlukan umatnya bersuci, membersihkan diri dan berada dalam keadaan bersih dalam semua keadaan. Solat tidak sah sekiranya kita dalam keadaan kotor. Anak-anak Muslim memulakan pengajian Ibadat dengan diperkenalkan pada aspek kebersihan seperti amalan bersuci (al taharah), qada hajat, kaedah mengambil wuduk dan cara mendirikan solat. Mengambil wuduk antara lain merupakan perbuatan simbolik kita membersihkan diri sebelum mengadap Tuhan.

Tetapi lihatlah keadaan tandas awam di banyak surau dan masjid kita. Malah di banyak tempat, sampah dibuang di hadapan masjid. Masjid dan surau tidak dipelihara kebersihannya. Ahli khariah lebih banyak menghabiskan masa berpolitik dan bercakap dari menjalankan tugas penting dalam Islam - menjaga kebersihan rumah Allah.

Kita melancarkan kempen besar-besaran untuk menggalakkan orang luar datang sebagai pelancong. Kita berjaya dalam hal ini. Pada tahun 2006, sejumlah 17.5 juta pelancong luar datang ke Malaysia. Pada tahun 2007, 20.9 juta pelancong melawat negara ini. Pada tahun lalu (2008) dipercayai lebih 22 juta pelancong datang. Sektor pelancongan amat penting bagi menjana ekonomi. Pada tahun 2008 dipercayai sektor ini telah menyumbang pendapatan lebih RM44 bilion pada negara. Malah pada tahun itu, sektor pelancongan menyumbang 7.2 peratus pertukaran wang luar, yang kedua terbesar selepas eksport barangan.

Memang pelancong bukan datang untuk melawat tandas awam. Tetapi sekiranya tandas awam kita kotor imej kita akan terjejas. Sektor ini banyak bergantung pada pelancong menyebarkan berita kebaikan kita kepada keluarga dan sahabat handai apabila mereka pulang. Satu aspek negatif yang selalu disebarkan ialah keadaan tandas kita. Saya hairan bagaimanakah tempat-tempat pelancongan di Thailand, Laos dan Indonesia (khususnya Pulau Bali) sentiasa bersih sedangkan kita kotor dan memalukan? Baru-baru ini ada cadangan untuk menggalakkan pelancong pergi ke kawasan-kawasan yang selama ini tidak popular mengambil sempena dari kecenderungan dan minat ke atas ekologi dan alam sekitar. Sekiranya kawasan pelancongan yang ramai pengunjung pun tidak dijaga dengan baik tandas awamnya, apakah janji kita untuk memastikan kebersihan tandas di tempat-tempat ini?

Saya ingin mencadangkan:

Kementerian Pelancongan mengadakan sistem pengredan atau rating tandas awam di tempat-tempat pelancongan seperti mana premis makanan ditentukan gred oleh pihak kerajaan tempatan;

Kementerian berkenaan memastikan wujudnya kawasan rehat dan kemudahan tandas awam di jalan-jalan persekutuan yang jauh dari bandar-bandar;

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil tindakan tegas pada mana-mana penguasa tempatan yang tidak menjaga kebersihan tandas awam. (Mungkin ketua majlis boleh diberikan hadiah pembersih tandas jikalau prestasi mereka buruk?).

Syarikat minyak mengenakan tindakan tegas termasuk menarik balik kontrak mana-mana pengusaha stesen minyak yang tidak menjaga kebersihan tandas awamnya.

Jikalau kita boleh melancarkan Kempen Budi Bahasa dengan berkesan, saya tidak nampak alasan untuk tidak melancarkan Kempen Menggunakan Tandas Awam Dengan Betul di negara ini.

Nani said...

tu tandas salah bikin woooo... misti tu orang nda belajar dulu beza tandas duduk ngan tandas cangkung...

Anonymous said...

Yah terima kasih kerana membuat komen ini. Saya sudah lama nak buat komen ni tetapi tidak tertulis. Yah saya benar2 BERSETUJU diatas komen ini diharap Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan perumahan "WAJIB"lah mengeluarkan surat Keliling kepada Pengusaha2 Restoran atau Hotel2 agar dapat membekalkan Paip air untuk bercebok. Negara kita ni bukan sahaja dihuni oleh serumpun Umat yang mengunakan Kertas Tisu saja unutk Mengelap selepas membuang Air Besar. Negara ini bukan seperti di China yg pernah saya lawati.Tetapi kalau Hotel diPromened dan Jessoltan Hotel (Kota Kinabalu)tidak mengamalkan perkara ini Tandas Awamnya di Lobby.