Tuesday, December 9, 2008

JANGAN TERLALU MENYALAHKAN MANA-MANA PIHAK ATAS TRAGEDI TANAH RUNTUH

Gambar Utusan Malaysia
.
Ramai yang mempersalahkan kerajaan setiap kali berlakunya tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Rasanya kita tidak patut menyalahkan pihak kerajaan semata-mata terhadap apa yang berlaku kerana ada lagi pihak lain yang sepatutnya sama-sama bertangungjawab, iaitu seperti pemaju dan pembeli rumah itu sendiri.
.
Antara persoalannya ialah: i) Kenapa kerajaan memberi kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawsan lereng dan puncak bukit?; ii) Kenapa pemaju memilih kawasan lereng bukit untuk dibangunkan?; iii) Kenapa pula pembeli membeli rumah di kawasan lereng bukit ? Kalau tidak mahu dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau tidak mahu keruntuhan tanah jangan berumah di lereng bukit.
.
Kalaulah semua pembeli tidak mahu membelu rumah yang didirikan di kawasan lereng dan puncak bukit, sudah tentu pemaju tidak akan membina rumah lagi di kawsan cerun kerana tiada pembelinya.
.
Kalau pemaju tidak membina rumah di kawasan cerun atau lereng bukit, sudah tentu tiadalah pembeli rumah yang membeli rumah di kawasan cerun atau lereng bukit.
.
Kalau kerajaan pula tidak meluluskan pengambilan tanah di kawasan lereng dan puncak bukit, sudah tentu tiada pemaju yang memajukan kawasan lereng dan puncak bukit dan tiada orang perseorangan yang membina rumah di kawasan tersebut.
.
Bagaimanapun, semua yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah SWT jua dan mungkin ada hikmahnya.
.

No comments: