Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BAHARU 2009


Thursday, December 25, 2008

SALAM MAAL HIJRAH


Monday, December 22, 2008

TANDAS DI SALAH SEBUAH KEDAI MAKAN

Kalau anda terjumpa tandas yang macam ni, pandai-pandailah anda menggunakannya mengikut cara yang anda fikirkan sesuai.

Tandas macam ni barulah keliahatan lebih kemas dan lebih selesa digunakan, lebih-lebih lagi ia dilengkapi dengan hos untuk mercuci apa juga yang ingin anda cuci. Biasanya kalau di hotel-hotel besar tandasnya cantik-cantik tetapi sedihnya banyak yang tidak dilengkapi dengan hos seperti dalam gambar ini dan malah paip air pun tidak ada. Macam tidak berunsur Islamic langsunglah. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mensyaratkan semua tandas hotel di Malaysia dilengkapi dengan hos untuk mencuci.

Saturday, December 13, 2008

MENANG MEMBELI KALAH MEMAKAI

Ada kalanya kita "kalah membeli menang memakai" dan ada kalanya pula kita "menang membeli kalah memakai." Apabila kita membeli sesuatu barangan yang dijual di pasaran, kita mempunyai banyak pilihan. Namun, kita tidak dapat memastikan barangan yang kita beli itu tahan lama atau sebaliknya. Kalau bernasib baik, kita boleh menggunakannya berpuluh tahun dan sempat kita wariskan kepada anak cucu kita sehingga akhirnya ia menjadi barang antik. Tetapi kalau kita tidak bernasib baik pula, barangan itu rosak sebelum kita puas memakainya. Contohnya, kasut sukan yang cantik dalam gambar ini baru saja dibeli lebih kurang satu tahun tetapi tapaknya sudah rosak, menjadi rapuh dan hancur.Saya difahamkan kasut itu rang-jarang digunakan, maklumlah, pembelinya bukan ahli sukan. Tapak sleeper Jepun lebih tahan daripada tapak kasut tersebut. Kecantikan sesuatu barangan tidak menjamin ketahanannya.

Wednesday, December 10, 2008

PERCAYAKAH ANDA PKR AKAN MENGAMBIL ALIH KERAJAAN SARAWAK ?

Semasa kongress Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan bahawa objektif baru PKR ialah untuk mengambil alih Kerajaan Sarawak.
.
Perhimpunan PKR akan diadakan di Miri, Sarawak pada 14 Disember 2008 (Ahad). Menurut Datuk Dr. Jeffery Kitingan, satu kejutan yang menggembirakan akan berlaku semasa perhimpunan itu nanti.
.
Perhimpunan itu dikatakan akan dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada ahli baru. Beliau sendiri akan mengetuai lebih 100 orang dari Sabah ke perhimpunan tersebut.
.
Kata beliau, "Kehadiran yang besar itu menandakan penduduk Sarawak mendesak dan dahagakan perubahan dan merupakan satu petanda sokongan baharu yang semakin meningkat di Sarawak."
.
Adalah amat sukar untuk dipercayai kerana nada yang hampir sama telah kita dengar berulang kali tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. Semua orang boleh merancang tetapi tidak semua yang dirancang itu dapat dilaksanakan.
.
Mungkin boleh kita simpulkan bahawa mereka menghebah-hebahkan sedemikian adalah sebagai "Perang Psikologi." Berfikirlah secara waras dan logik sebelum mempercayainya.
.

Tuesday, December 9, 2008

JANGAN TERLALU MENYALAHKAN MANA-MANA PIHAK ATAS TRAGEDI TANAH RUNTUH

Gambar Utusan Malaysia
.
Ramai yang mempersalahkan kerajaan setiap kali berlakunya tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Rasanya kita tidak patut menyalahkan pihak kerajaan semata-mata terhadap apa yang berlaku kerana ada lagi pihak lain yang sepatutnya sama-sama bertangungjawab, iaitu seperti pemaju dan pembeli rumah itu sendiri.
.
Antara persoalannya ialah: i) Kenapa kerajaan memberi kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawsan lereng dan puncak bukit?; ii) Kenapa pemaju memilih kawasan lereng bukit untuk dibangunkan?; iii) Kenapa pula pembeli membeli rumah di kawasan lereng bukit ? Kalau tidak mahu dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau tidak mahu keruntuhan tanah jangan berumah di lereng bukit.
.
Kalaulah semua pembeli tidak mahu membelu rumah yang didirikan di kawasan lereng dan puncak bukit, sudah tentu pemaju tidak akan membina rumah lagi di kawsan cerun kerana tiada pembelinya.
.
Kalau pemaju tidak membina rumah di kawasan cerun atau lereng bukit, sudah tentu tiadalah pembeli rumah yang membeli rumah di kawasan cerun atau lereng bukit.
.
Kalau kerajaan pula tidak meluluskan pengambilan tanah di kawasan lereng dan puncak bukit, sudah tentu tiada pemaju yang memajukan kawasan lereng dan puncak bukit dan tiada orang perseorangan yang membina rumah di kawasan tersebut.
.
Bagaimanapun, semua yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah SWT jua dan mungkin ada hikmahnya.
.

Monday, December 8, 2008

KRAFTANGAN TRADISI PERLU DIPELIHARA

Generasi terdahulu suku kaum Kadayan Kampung Banting mempunyai kebolehan membuat pelbagai jenis kraftangan yang berupa anyaman daripada buluh, mangkuang (bangkuang dalam dialek Kadayan), daun pandan, rotan, halingkawang, bamban dan sebagainya. Bahan-bahan yang mereka gunakan itu adalah dari sumber alam semula jadi yang terdapat di persekitaran tempat tinggal mereka. Mungkin mereka yang tinggal di tempat lain menggunakan sumber alam yang berlainan pula kerana persekitaran yang berbeza. Gambar di atas menunjukkan takiding dan ngiyu (nyiru) yang diperbuat daripada anyaman buluh. Selain buluh, kulit batang bamban juga boleh digunakan untuk membuat takiding dan ngiyu. Bingkai takiding dan ngiyu biasanya diperbuat daripada rotan dan diikat dengan halingkawang.
.
Nampaknya pada hari ini sudah semakin kurang generasi baru yang mewarisi kepakaran membuat kraftangan yang berupa anyaman, manakala generasi lama yang berkebolehan pula semakin berkurangan. Sumber untuk membuat anyaman juga semakin berkurangan dan kalaupun ada ia hanya boleh didapati di tempat yang agak jauh. Kekurangan bahan daripada sumber alam semula jadi menyebabkan ada di anatara mereka yang menggunakan bahan-bahan lain yang terdapat di pasaran sebagai gantian. Bahan-bahan seperti plastik dan sebagainya senang didapati di kedai-kedai dan supermarket tanpa bersusah payah mencari di hutan.


Kraftanga dalam gambar di atas dipangil bahai oleh suku kaum Kadayan. Bahai dalam gambar ini diperbuat daripada bahan yang diperolehi dari kedai atau supermarket. Walaupun bahai ini kelihatan cantik dan menarik tetapi ia agak terjejas sedikit dari segi keasliannya kerana ia bukan lagi diperbuat daripada bahan asli tempatan. Secara tradisinya, bahai biasanya diperbuat daripada mangkuang dan talinya daripada kulit sejenis kayu yang dipanggil timbaan oleh suku kaum Kadayan.
.
Terdapat berbagai-bagai lagi kraftangan suku kaum Kadayan yang diperbuat daripada buluh, rotan, mangkuang, daun pandan, bamban dan sebagainya. Contohnya, buluh dan rotan boleh digunakan untuk membuat balatak (raga) dan daun mangkuang dan pandan boleh digunakan untuk anyaman tikar, bakul dan bayung .
.
Saya bimbang kraftangan tradisi Kadayan yang berupa anyaman buluh, rotan, mangkuang, padan, bamban dan sebagainya akan beransur pupus jika generasi tua tidak mewariskan kepakaran mereka kepada generasi muda atau generasi muda tidak berminat untuk mempelajarinya.
.