Sunday, November 30, 2008

NABAWAN SEMAKIN DEKAT DI MATA DAN DEKAT DI HATI PEMIMPIN

Pekan Nabawan yang terletak dalam Parlimen Pensiangan semakin kerap dikunjungi oleh peminpin-pemimpin pusat. Ini menunjukkan bahawa Pekan Nabawan yang terletak di pedalaman itu semakin dekat di mata dan dekat di hati para pemimpin kita, tidak kira pemimpin pusat atau pemimpin peringkat negeri. Walaupun Pekan Nabawan terletak di pedalaman tetapi ia boleh dikunjungi melalui jalan raya yang berturap. Perjalan dari Kota Kinabalau ke Keningau melalui jalan Kimanis-Keningau cuma memakan masa lebih kurang satu jam setengah dan dari Keningau ke Nabawan lebih kurang 45 minit.

Pada 29 November 2008, saya pergi ke Nabawan untuk menyaksikan Program Perhimpunan Rakyat yang dirasmikan oleh Y.B. Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah dan Pelancaran Layar Bestari yang dirasmikan oleh Y.B. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia pada sebelah malamnya. Pada malam itu Jabatan Penerangan juga mengadakan persembahan PENTARAMA selepas tayangan Layar Bestari. Sambutan amat menggalakkan dan dianggarkan lebih kurang 6,000 orang penduduk tempatan hadir menyaksikan pelbagai acara pada sepanjang hari tersebut.

Antara pemimpin yang hadir pada sebelah malam ialah Y.B. Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B. Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Y.B. Raimie Unggi, Ahli Parlimen Kawasan Tenom dan Timbalan Ketua Bahagaian UMNO Pensiangan. Y.Bhg. Dato' Kamarudin Siarap, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia, Dato' Haji Abdullah Morad, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Pengarah-Pengarah Negeri Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Penerangan juga hadir bersama-bersama pada malam itu.

Selain itu telah juga diadakan pameran agensi-agensi kerjaan, mini studio RTM, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan karaoke dan pelbagai sukan tradisi seperti pertandingan menyumpit dan melastik. Komuti Bestari juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pameran untuk mempromosikan pelbagai produk mereka. Y.B. Datuk Ahmad Shabery Cheek telah diberi peluang menyertai acara boling kelapa dan menyumpit selepas membuat pelepasan pertandingan akhir tarik tali. Datuk Bobbey Suan dan Dato' Kamaruddin Siaraf juga turut sama menyertai boling kelapa sebelum dibawa melawat ke kawasan yang dilanda banjir.

Sebelum itu, Dato'Ahmad Shabery Cheek telah diwawancara dalam siaran secara langsung dari studio mini RTM, melawat pameran Jabatan-Jabatan/Agensi Kerajaan dan Komuniti Bestari dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.
.
Pada sebelah pagi, Dato' Ahmad Shabery Cheek Stesyen Radio Keningau FM di Keningau yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan Januari 2009. Beliau dan Datuk Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah telah diberi peluang untuk mencuba bakat sebagai penyampai ketika mengadakan lawatan ke stesyen tersebut di Bangunan Persekutuan, Keningau.
Kalau anda memandu melalui jalan Kimanis-Keningau kenalah berhati kerana keadaan yang curam dan berbukit bukau apabila anda melintasi Banjaran Crocker. Selain itu, ada kalanya juga jalan raya diliputi kabus terutamanya pada sebelah petang dan pada awal malam, lebih-lebih lagi semasa musim hujan.

Semasa berada di Nabawan saya terserempak pengunjung yang sedang bergambar untuk kenangan dengan penari-penari kebudayaan suku kaum Murut yang menunggu ketibaan Y.B. Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan untuk merasmikan Program Perhimpunan Rakyat di kawasan Tapak Tamu Nabawan.

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan mengambil gambar penari kebudayaan sedang bersolek di kawasan lapang untuk mencantikan lagi diri mereka yang sudah sedia cantik. Kunjungilah Nabawan pada bila-bila masa. Nabawa sentiasa menanti kunjungan anda.

Sunday, November 23, 2008

BENDA SANGAT BERGUNA ZAMAN DAHULU TIDAK SEMESTINYA BERGUNA ZAMAN SEKARANG

Sesuatu benda yang sangat berguna pada zaman dahulu tidak semestinya sangat berguna pada zaman sekarang. Sesuatu yang sangat berguna pada zaman sekarang tidak semestinya sangat berguna pada masa hadapan. Sesuatu yang dianggap canggih pada zaman dahulu tidak semestinya dianggap canggih pada zaman sekarang. Sesuatu yang dianggap canggih pada zaman sekarang tidak semesti dianggap canggih pada masa hadapan. Inilah yang dikatakan perubahan. Bak kata pepatah, "Kalau sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi".

Lampu yang menggunakan minyak tanah, seperti dalam gambar ini, terbiar begitu saja kerana pemiliknya sudah menggunakan lampu yang dinyalakan oleh bekalan elektrik atau jenakuasa. Lama kelamaan lampu itu semakin menjadi barangan antik. Mungkin manusia juga boleh mengalami keadaan seperti ini.

BARANGAN ANTIK JADI WARISAN

ORANG KADAYAN MENAMAKANNYA "LANGGUAI"

ORANG KADAYAN MENAMAKANNYA "CUPU"

ORANG KADAYAN MENAMAKANNYA "TIKUAN"


ORANG KADAYAN MENAMAKANNYA "GANGSA"

ORANG KADAYAN MENAMAKANNYA "GUCUH"
(GOBEK SIRIH/PINANG)

ORANG KADAYAN MENAMAKANNYA "GALANG BATIS"
(GELANG KAKI)

KINGKIN SAANG SAMUT (CINCIN SARANG SEMUT)

Kingkin saang samut (cincin sarang semut) adalah merupakan sejenis cincin yang digunakan oleh suku kaum Kadayan sebagai cincin pertunangan pada zaman dahulu. Ada juga yang menamakan cincin jenis tersebut sebagai cincin bunga pinang. Kingkin saang samut berwarna putih kekuning-kuningan kerana ia bukan diperbuat daripada emas atau tembaga. Mungkin cincin itu diperbuat daripada daripada perak dengan sedikit campuran emas atau tembaga. Cincin itu dipanggil kingkin saang samut oleh suku Kaum Kadayan mungkin kerana ukiran tampuknya menyerupai sarang semut.
.
Apabila menghantar kingkin saang samut itu sebagai cincin pertunangan ia biasanya dimasukkan dalam caamai (seperti dalam gambar di sebelah kanan) dan dibungkus dengan sapu tangan berwarna merah dan berwarna putih, yang mana sapu tangan berwarna merah di sebelah dalam dan sapu tangan berwarna putih di sebelah luar. Jika ingin menambah lagi bungkusan dengan sapu tangan yang ketiga di sebelah luar, maka bolehlah menggunakan sapu tangan yang berwarna kuning atau apa sahaja warna yang difikrkan sesuai.
.
Pada zaman sekarang tidak ramai lagi suku kaum Kadayan yang mengamalkan adat seperti ini kerana kingkin saang samut dan caamai sukar didapati di pasaran. Bagi yang ingin mengekalkan adat ini, mereka terpaksalah membuat tempahan khas. Saya difahamkam kingkin saang samut boleh ditempah di salah sebuah kedai emas di Beaufort.

Thursday, November 20, 2008

SEKILAS PANDANGAN TENTANG POLITIK WANG

Menjelang pemilihan kepimpinan UMNO pada bulan Mac 2009 ini, pelbagai cerita tentang politik wang kedengaran diperkatakan oleh pemimpin-peminpin dan pengikut-pengikut politik diseluruh negara. Perkara ini juga selalu menjadi topik perbincangan pemerhati-pemerhati politik yang bersembang-sembang kosong di kedai-kedai kopi. Kelihatannya ramai yang melihat topik ini amat menarik untuk diperbincangkan di mana-mana.

Saya rasa politik wang ini bukan perkara baru, ia telah berlaku sejak dahulu lagi, cuma tidak dihebohkan sangat seperti pada hari ini. Pernah saya terdengar cerita dari seorang pemimpin tempatan yang mengatakan bahawa ada perwakilan yang membawa balik wang puluhan ribu ringgit selepas menghadiri pemilihan UMNO di Kuala Lumpur pada musim-musim pemilihan terdahulu. Ada pula yang dikatakan pernah menerima wang melalui akaun bank daripada pihak-pihak tetrtentu yang yang menjadi agen kepada pemimpin yang bertanding. Selain itu, terdapat pula cerita yang mengatakan ada perwakilan yang dipanggil oleh pemimpin tertentu dan diminta bersumpah sebelum menerima wang saguhati (mungkin boleh dipanggil wang sogokan). Ini cuma cerita yang saya dengar dan saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya.

Kalau beginilah keadaannya, tidak hairanlah kenapa ramai orang berebut untuk menjadi perwakilan. Politik wang ini berlaku secara kecil-kecilan di peringkat bawah dan secara lebih besar di peringkat yang lebih tinggi. Ini menunjukkan wang ringgit boleh membeli kuasa. Orang yang memiliki wang yang banyak boleh menggunakan wang untuk membeli kuasa, manakala orang yang ada kuasa boleh menggunakan kuasanya untuk mendapatkan wang yang lebih banyak. Wang dan kuasa sentiasa bantu membantu antara satau sama lain. Ini bermakna, kekayaan boleh menjadi pemboleh ubah kepada kuasa dan kuasa pula boleh menjadi pemboleh ubah kepada kekayaan atau wang ringgit.

Politik wang dalam UMNO harus dibendung habis-habisan kerana amalan tersebut boleh menjejaskan imej parti itu sendiri. Lebih baik wang yang berjuta-juta itu didermakan untuk pembangunan luar bandar daripada digunakan untuk kepentingan individu. Lebih-lebih lagi jika wang yang digunakan itu adalah hasil pendapatan daripada peluang-peluang yang diperolehi daripada kerajaan.

PENSTRUKTURAN SEMULA RTM BERI PELUANG KEPADA GOLONGAN KREATIF


KUALA LUMPUR 20 Nov. — Penstrukturan semula Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menambah dua saluran sedia ada kepada 19 saluran menjelang 2012 dilihat mampu memberikan peluang kepada golongan kreatif di negara ini untuk memasarkan hasil produk kreatif mereka.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, penstrukturan itu juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan selain menambah pendapatan negara dengan penjualan filem-filem tempatan yang mempunyai piawaian yang tinggi.

“Kalau ada piawaian yang tinggi, ia boleh dipasarkan ke luar (negara)".

Baru-baru ini, Malaysia dan Korea telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di mana mereka (Korea) telah membeli lebih 10 tajuk filem dengan anggaran perbelanjaan mencecah US$50 ribu.

“Para graduan yang belajar di universiti seperti Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang tidak dapat mengembangkan bakat dalam animasi, muzik, penerbitan dan sebagainya, di sinilah (RTM) tempatnya untuk mereka mengembangkannya selepas penstrukturan semula nanti. Kita mahu RTM dilihat sebagai pusat golongan kreatif,” katanya pada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Penerangan di Wisma Radio di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan penstrukturan semula itu, RTM juga bakal dilengkapi dengan sistem digital untuk setiap operasinya setanding dengan negara maju.

- BERNAMA

Wednesday, November 19, 2008

UNGKAPAN UNTUK RENUNGAN

Berikut adalah beberapa ungkapan yang pernah saya dengar untuk renungan bersama:
.
  • Kekalahan Parti Kerajaan bukannya disebabkan Parti Pembangkang kuat, tetapi kerana Parti Kerajaan lemah.

.

  • Kita bukan gagal, cuma belum berjaya.
.


  • Saya bukan takut, cuma saya belum berani.
.

  • Gelas itu bukannya separuh kosong, tetapi separuh penuh.
.


  • Orang itu bukan pendek, cuma tidak cukup tinggi.
.


  • Saya bukan takutkan isteri, cuma isteri saya tidak takutkan saya.
.

Saya rasa banyak lagi ungkapan yang sengaja untuk menyenagkan hati yang pernah anda dengar. Adakah ungkapan seperti ini dianggap positif atau cuma mengelirukan ?